Melecur Muka & Tangan Sebab Gas Meletup Ketika Makan Di Restoran, ‘Owner’ Didakwa Tidak Prihatin? – “Langsung Tak Call”

Trending

Melecur Muka & Tangan Sebab Gas Meletup Ketika Makan Di Restoran, ‘Owner’ Didakwa Tidak Prihatin? – “Langsung Tak Call”

Keseronokan tujuh sekeluarga untuk menikmati makan malam berakhir dengan tragedi apabila berlaku letupas gas di restoran yang mereka kunjungi.

Menerusi hantaran yang tular di X, letupan gas memasak itu menyebabkan ahli keluarga tersebut tercampak dan mengalami kecederaan melecur di bahagian muka dan tangan.

Advertisement

restoran

 

Pihak restoran buat tak tahu?

Pihak restoran yang terletak di Temerloh itu juga didakwa langsung tidak melakukan follow up dan bertanya tentang keadaan semua mangsa terlibat.

Menurut perkongsian mangsa, ketika insiden itu berlaku pemilik kedai telah mengambil nombor telefon namun tidak menghubungi sebaliknya mereka pula yang perlu hubunginya.

Bila call nombor kedai dan tanya update tentang kebakaran yang menimpa keluarga kami, admin cakap ‘Ini kes tahun lepas kan?’. Sedangkan kes baru jadi. Staf tak diberitahu tentang kejadian kami dan kedai beroperasi seperti biasa.

komen

 

Nak bayar RM1K untuk whole family

Seorang individu bernama Asri Yusof berkongsi kisah yang dilalui anaknya itu bersama keluarga menantunya yang berkumjung ke restoran berkenaan pada 9 Mac lalu.

Dakwanya, pihak restoran ada membuat tawaran untuk membayar sejumlah RM1,000 untuk seluruh keluarga tersebut selepas berlakunya insiden berkenaan.

restoran

restoran

 

Baru nak keluarkan kenyataan

Bagaimanapun, selepas isu ini tular pihak restoran telah tampil memberikan kenyataan menerusi akaun Instagram di mana mereka memohon maaf kerana lewat memberi respon.

Katanya, pihak kedai sudah menziarahi dan berjumpa untuk berbincang dengan mangsa pada 11 Mac di rumah dan 14 Mac di hospital.

Hasil perbincangan kami sudah mencapai kata sepakat untuk tindakan selanjutnya, Keutamaan sekarang adalah untuk mangsa pulih dan selepas itu tindakan selanjutnya akan dilakukan.

statement restoran

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...