“Melayu Tahu Haram Hanya B*bi!”- Rancak Buat ‘Review’ Forex, PU Syed Tegur Artis Di IG

Hiburan

“Melayu Tahu Haram Hanya B*bi!”- Rancak Buat ‘Review’ Forex, PU Syed Tegur Artis Di IG

Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakhri Syed Ishak baru-baru ini ada menyampaikan sedikit pesanan buat artis-artis Malaysia yang dilihat rancak melakukan ulasan ataupun ‘review’ berkaitan syarikat broker global yang dikenali sebagai OctaFX di Instagram.

Berikutan itu, PU Syed bertanyakan kepada artis yang menerima ‘job’ itu untuk mengambil tahu sama ada halal atau haram cara dagangannya sehingga begitu berani mereka bermain dan menguar-uarkan kepada orang awam.

Advertisement

Dia juga turut memohon agar pihak berkuasa memantau dan mengambil tindakan mengenai isu tersebut kerana ia melibatkan hukum agama Islam.

Adakah kita nak sambar apa sahaja peluang untuk dapat duit tanpa ambil kira halal dan haram perkara tersebut?!

fizo wak doyokSumber : Google  

Mohon pihak berkuasa agama negeri dan persekutuan pantau perkara ini. Sebab orang Melayu tahu yang haram hanya BABI!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran PU Syed itu kerana ramai artis yang menjadi ‘role model’ dan mempunyai ramai pengikut di media sosial sanggup mengetepikan soal halal dan haram asalkan memperoleh pendapatan yang menguntungkan.

“Antara golongan yang payah nak terima teguran selain golongan merokok. Katanya kubur asing-asing. Sibuk hal sendiri jangan sibuk hal aku.” komen seorang netizen.

2 years ago

Dikecam Promosi Forex, Netizen Pertikai Fizo Omar & Wak Doyok Tak Tahu Halal Haram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...