Anda bersetuju ke kalau kami katakan rakyat Malaysia rasis? Mesti tidak kan. Kalau sesiapa katakan kita rasis, mesti kita akan rasa marah dan geram. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, kita pasti tidak akan dapat lari dengan isu ‘racism‘.
“Melayu semua pemalas”
“Cina semua pendatang”
“India semua pemabuk”
Pasti anda pernah dengar semua ini kan? Ini semua kenyataan berunsur rasis. Dalam media sosial memang cukup banyak posting tentang perkauman dibuat. Semuanya saling mengata satu sama lain. Tetapi betul ke rakyat Malaysia rasis?
“Saya suka semua rakyat Malaysia kecuali…”
Kalau nak kategorikan rakyat Malaysia, jangan ikut bangsa.
Saya tak percaya pada perkauman. Saya tak percaya kaum Cina atau Melayu adalah pendatang. Mereka rakyat.
Pada akhir video krew produksi kemudian mendedahkan tujuan sebenar video itu dibuat. Tujuan utamanya untuk melihat rakyat Malaysia mempertahankan satu sama lain tanpa mengira kaum. Kesemua mereka yang ditemu bual mempertahankan kaum lain ketika dituduh dengan soalan berunsurkan perkauman.
Kebiasaanya berita-berita berunsurkan perkauman yang ada di laman sosial ini jauh berbeza dengan realiti sebenar. Hakikatnya, semua kaum hidup harmoni sahaja dan boleh bertolak ansur.