“Melayu Percaya Illuminati” – KJ Dedah Punca Peratusan Vaksinasi Rendah Berbanding Kaum Lain

Berita

“Melayu Percaya Illuminati” – KJ Dedah Punca Peratusan Vaksinasi Rendah Berbanding Kaum Lain

Enggan melihat dari isu perkauman, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengakui kaum Melayu mencatatkan peratusan vaksinasi dos penggalak dan juga Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) paling rendah berbanding kaum-kaum yang lain, lapor Astro Awani.

Advertisement

Jelas Khairy, kementerian kini sedang berusaha sebaiknya untuk melaksanak sesi libat urus bagi menjawab sebarang kemusykilan serta isu-isu tular dalam kalangan masyarakat terutama kaum Melayu berhubung pemberian vaksinasi.

Katanya lagi, antara sebab mereka enggan atau menangguhkan pemberian vaksin kepada anak-anak dan juga menerima dos penggalak adalah kerana percaya pada cerita Illuminati.

 

Ini merupakan satu cabaran yang besar, tetapi kita cuba (atasi) cabaran besar ini sebab Melayu percaya kepada Illuminati.

 

Satu kaum, penerimaan dos penggalak sangat tinggi, dan kaum lain penerima dos penggalak agak rendah. Maka, saya rasa kalau kita tidak mengambil kira maklumat tersebut, kita tidak akan dapat melakukan intervensi yang berkesan.

Dalam pada itu, beliau yang ditemui dalam sidang media memaklumkan bahawa kerajaan hanya akan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) yang tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja.

Kuarantin covid19
3 years ago

"Tiada Lagi Kuarantin Jika Jadi Kontak Rapat" - Khairy Jamaluddin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...