“Melayu Paling Ramai Pinjam Duit Along” – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Trending

“Melayu Paling Ramai Pinjam Duit Along” – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Peminjam berbangsa Melayu merupakan golongan paling banyak berurusan dengan ceti haram atau “along”, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Advertisement

Ketua Aktivisnya, Datuk Datuk Nadzim Johan berkata, daripada 10,000 kes mangsa along yang berjaya diselesaikan PPIM, 70% daripadanya adalah Malayu.

Katanya, mereka yang terpedaya dengan membuat pinjaman along dan dikenakan bayaran faedah terlalu tinggi turut terdiri daripada golongan bergelar “Datuk” serta penjawat awam.

“Sehingga hari ini PPIM berjaya selesaikan lebih 10,000 mangsa along yang dikenakan caj kadar faedah yang tinggi dalam tempoh lima tahun.

“Daripada jumlah itu, 70% daripadanya adalah golongan Melayu, 15% Cina dan 15% India, tetapi pinjaman yang dibuat individu Melayu dalam kuantiti yang sedikit hanyalah ribu-ribu sahaja.

“Sebab mereka buat pinjaman ini antaranya pembayaran daripada perniagaan lambat, ingin memulakan perniagaan, terpedaya dengan pujuk rayu along,” lapor FMT.

Jelasnya, antara kes paling besar PPIM selesaikan membabitkan pinjaman sebanyak RM15 juta.

Nadzim dalam masa sama turut menafikan kononnya PPIM menggunakan khidmat “gangster” bagi menyelesaikan kes.
Sebaliknya, PPIM menggunakan kaedah psikologi serta memujuk along melalui teknik bersemuka bagi memastikan ketua ceti haram terbabit mengurangkan kadar faedah yang dikenakan secara melampau kepada mangsa.

“Kita ada guna mentera, kata kunci untuk memujuk dan berdepan dengan along, sebenarnya along ini penakut, dia tidak ada lesen malah mereka itu lebih penakut daripada kita tapi sebab kita takut dia jadi berani.

“Kita jangan sesekali takut pada along. Dia macam anjing, kalau kita lari, tak cukup padang nak lari,” kata Nadzim.
Katanya, PPIM jarang menggunakan bantuan polis atau pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes.

“Malah kita sendiri menggunakan kaedah kita melibatkan kakitangan PPIM sahaja yang diberi latihan yang khusus bagaimana untuk berdepan dengan along.

“Cara kita menyelesaikan kes juga dengan meminta mangsa membayar kembali hutang kepada along mengikut kaedah yang ditetapkan pihak kerajaan, sebagai contoh, sekiranya mangsa berhutang RM10,000, kerajaan benarkan kadar faedah 18%, maknanya dia kena bayar jumlah keseluruhan RM11,800,” katanya.

Nadzim menggesa rakyat negara itu tidak terpedaya dengan pujuk rayu along kerana kumpulan tersebut merupakan “penipu besar”.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.