Pelakon Mawar Rashid mencuit hati ramai apabila berkongsi video dirinya ‘dilempang’ oleh rakan selebriti, Janna Nick, hanya kerana memainkan lagu tular dari Sepanyol berjudul Dame Un Grr.
Menerusi video dimuat naik di TikTok, Janna dilihat secara tiba-tiba menampar Mawar sebaik sahaja lagu berkenaan dimainkan di latar belakang.
Difahamkan, aksi tersebut hanyalah satu lakonan semata-mata dan mengikut trend TikTok yang kini popular —menggambarkan reaksi ‘geram’ terhadap lagu Dame Un Grr yang sering dipasang berulang kali.
Video tersebut nyata mencuit hati warganet, dan ruangan komen dipenuhi dengan reaksi lucu serta gurauan mengenai pelempang ‘padu’ Janna terhadap Mawar.
“Boleh tahan kuat pelempang yang Janna bagi. Semua ini punca Dame Un Grr,” komen seorang pengguna.
“Aku risau akan jadi macam Janna kalau kawan sendiri dengar lagu ini berulang-kali,” seloroh seorang lagi.
Trend ini turut dilakukan oleh ramai pengguna TikTok lain yang menggunakan lagu tersebut bagi mencetuskan reaksi ‘melampau’ secara berjenaka, dan kini turut melibatkan kalangan selebriti tanah air seperti Mawar dan Janna.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
i