Penyanyi Elyana meluahkan rasa berang terhadap seorang invidiu yang didakwa telah melakukan provokasi terhadap dirinya baru-baru ini.
Difahamkan lelaki itu bertindak demikian setelah Elyana dan keluarganya ada melawat Siti Bainun di Penjara Kajang, baru-baru ini.
Tulis Elyana, lelaki itu bukan sahaja melakukan provokasi terhadap dirinya tetapi juga terhadap keluarga penyanyi itu.
Lelaki itu turut dilihat ‘menyentuh’ isu anak angkat yang dijaga oleh Elyana, yang dilaporkan mengenali individu tersebut. Elyana sendiri mengesahkan bahawa dia pernah menghadiri majlis perkahwinan lelaki itu.
Kata Elyana lagi, dia sebenarnya sudah lama bersabar dengan lelaki itu kerana menabur fitnah terhadap dirinya sejak sekian lama.
Sekain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.