Melawan MITOS! Ini Sebab Kenapa Mereka Yang Muka Berminyak & Berjerawat Kena Guna Pelembap!

Branded

Melawan MITOS! Ini Sebab Kenapa Mereka Yang Muka Berminyak & Berjerawat Kena Guna Pelembap!

Ramai yang percaya dan menganggap kulit muka yang berminyak dan rawan jerawat (prone acne) perlu skip penggunaan pelembap kerana ia akan menyebabkan masalah kulit wajah bertambah teruk.

KORANG SEBENARNYA SILAP!!!

Korang tau tak, kalau korang langkau penggunaan pelembap dalam rutin penjagaan wajah, korang sebenarnya dah dedahkan kulit wajah korang kepada masalah kulit kering dan mengelupas yang akan menyebabkan kulit wajah berjerawat!

Kenapa pelembap tu penting?

Kalau korang nak tau, fungsi pelembap adalah untuk mengurangkan minyak pada kulit wajah dan mengekalkan kelembapan kulit dengan mengimbangi air dan minyak bagi wajah yang sihat dan bersih.

Itulah sebabnya penting untuk kulit berminyak atau berjerawat mendapat kelembapan yang betul dengan pelembab yang betul. Untuk mereka yang mempunyai kulit muka yang jenis berminyak, elakkan guna pelembap yang terlampau occlusive sebab nanti muka korang akan rasa berat dan lebih berminyak.

Contoh bahan yang occlusive yang biasa kita nampak ialah petroleum jelly, beeswax dan lanolin.

Ada juga yang cakap kalau guna pelembap ni boleh mengakibatkan muka boleh berjerawat. Betul ke?

Kami yakin korang yang ada masalah jerawat mesti pening nak pilih pelembap yang sesuai dengan kondisi wajah. Tambahan pula sekarang ni pemakaian pelitup muka (mask) masih menjadi kewajipan di sesetengah tempat.

Bila pakai mask, kadang-kadang daripada takde jerawat terus boleh dapat jerawat dan masalah kulit rengsa. Ini terjadi kerana pemakaian mask terlampau lama akan menyebabkan bendasing terkumpul pada mask. 

Bila mask bergesel pula dengan muka ia akan bertindak balas, sebab tu muka korang senang dapat jerawat!

Tapi kalau ada kedua-dua masalah kulit muka berminyak dan berjerawat ni, macam mana nak pilih produk penjagaan yang terbaik? Takkan nak kena beli produk asing-asing?

Say no more guys, ni kami nak kongsi tentang rangkaian produk penjagaan wajah Hada Labo Blemish & Oil Control. Alah jenama yang terkenal daripada Jepun tu!

Hada Labo Blemish & Oil Control penyelamat masalah kulit berminyak dan berjerawat!

Rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control membantu melawan jerawat dan memulihkan keseimbangan air dan minyak semulajadi pada kulit untuk melindunginya dari bahaya luar. Ia juga membantu melawan jeragat, melegakan kemerahan dan menghidrat dengan Asid Hyaluronik dan ekstrak Hatomugi, Bishop’s Weed dan Chamomile.

Menjadikan rangkaian ini sangat sesuai buat mereka yang mempunyai kulit wajah berminyak dan berjerawat. Hada Labo Blemish & Oil Control ni terdiri daripada Foaming Wash, Control Lotion dan satu lagi produk TERBARU Gel Kawalan Jeragat & Minyak Hada Labo.

Nak dapatkan  kulit wajah yang bersih dan sihat, pastikan korang gunakan rangkaian ikut step by step tau.

Langkah 1: Hada Labo Blemish & Oil Control Foaming Wash

Pencuci muka Hada Labo Blemish & Oil Control Foaming Wash membantu menghidrat, menenangkan dan memulihkan keseimbangan air dan minyak secara semulajadi kulit dengan setiap cucian.

Bila korang cuci muka, kulit wajah korang tak terasa kering kerana ia mengandungi ekstrak Hatomugi, Bishop’s Weed dan bunga Chamomile untuk terbukti berkesan dapat membantu menangani pori-pori besar, jerawat, kulit kasar, kemerahan dan kusam.

Langkah 2 : Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion

Lepas cuci muka, lap muka korang dengan tuala bersih dan sapukan Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion secara sekata ke seluruh wajah. Apa yang best tentang losen ni, ia ringan dan mudah meresap ke dalam kulit. 

Kandungan ekstrak tumbuhan semulajadi & Asid Hyaluronik terbukti dapat melawan jeragat dan memulihkan keseimbangan minyak dan air untuk menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.

Losen ni mempunyai fungsi 2 dalam 1 untuk masalah blemish dan kulit muka berminyak. Ekstrak Hatomugi, Houttuynia Cordata dan Bunga Chamomile berfungsi untuk melawan jeragat, melegakan kemerahan dan menenangkan kulit yang merengsa.

Manakala Asid Hyaluronik berfungsi untuk mengunci, menyimpan dan menambah lembapan untuk kulit yang lembut, licin dan anjal.

Paling best Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion ni juga mempunyai pH yang seimbang bagi mengelakkan kerengsaan kulit selepas digunakan. Ia juga bebas pewangi, pewarna dan minyak mineral.

Tak perlu risau kalau kulit sensitif lepas menggunakannya.

Langkah 3 : Hada Labo Blemish & Oil Control Gel BARU

Haaa.. Ni satu lagi produk hero TERBARU daripada Hada Labo iaitu Blemish & Oil Control Gel. Pelembap ni mempunyai tekstur gel yang menyegarkan, tidak melekit, licin dan mudah diserap pada pada kulit.

Dengan ekstrak tumbuhan semulajadi yang diekstrak daripada barli mutiara asli, ekstrak Hatomugi dan ekstrak tumbuhan lain seperti Centella Asiatica, Houttuynia Cordata dan ekstrak bunga Chamomile. Ia membantu mengurangkan cela dan menenangkan kulit yang rengsa untuk memastikan wajah bersih dan sihat.

Kandungan 2 jenis Asid Hyaluronik pula membantu penghidratan yang mendalam dan tahan lama. Macam yang kita tahu asid hyaluronik ni berfungsi untuk mengunci kelembapan, menyimpan dan menambah lembapan untuk kulit yang lembut, licin dan anjal.

Ia juga membantu mengurangkan jerawat, melegakan kerengsaan, menghidrat dan memulihkan kesihatan kulit. Menjadikan pH kulit seimbang, bebas pewangi, minyak mineral dan pewarna.

Kulit berminyak dan berjerawat? Bertukarlah Kepada Hada Labo Blemish & Oil Control!

Hentikan bertukar-tukar produk penjagaan wajah. STOP SEMUA NI kalau nak jaga muka untuk jangka masa panjang. 

Solusinya, gunakan rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control untuk wajah yang lebih bersih dan sihat. Dapatkannya di farmasi berhampiran atau secara online di Watsons, Lazada & Shopee.Untuk maklumat lanjut, follow Hada Labo di Facebook atau lawati website mereka di SINI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...