Boleh dikatakan sudah menjadi satu tradisi buat pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming meraikan staf-staf yang bekerja dengannya sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
KA sekali lagi lawan ‘hukum majikan’..
Terbaru, melalui laman Instagram pempengaruh tersebut, dia memuat naik satu video memaparkan dirinya membelanja pekerja-pekerja persiapan untuk Aidilfitri dari segi, pakaian, barang dapur serta duit raya.
Dalam kapsyen yang ditulis di hantaran tersebut, KA meluahkan rasa syukur kerana masih dapat meneruskan tradisi seperti itu untuk pekerja-pekerjanya.
View this post on Instagram
Semalam kita tutup kilang untuk meraikan staff KA di bulan puasa ni. Syukur dan happy dapat teruskan tradisi ni tahun demi tahun.
Netizen cemburu, nak kerja dengan KA
Bukan saja memberi persiapan untuk Aidilfitri, malah, usahawan itu turut belanja makan di sebuah hotel bagi berbuka puasa bersama.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu melihat kebaikan KA melayan serta menghargai penat lelah pekerja-pekerjanya.