June 5th, 2017

Umum mengetahui, setiap tahun Rozita Che Wan ataupun Che Ta pasti akan menempah jumlah baju raya yang agak banyak untuk dipakai oleh beliau dan keluarga. Tahun ini Che Ta bakal melaram denga 104 pasang baju raya. Wah,agak banyak juga baju yang beliau perlu gayakan pada tahun ini.

Tidak mahu terus menjadi mangsa kecaman netizen, Che Ta tampil menjelaskan bahawa sebahagian daripada baju raya berkenaan diberikan oleh jenama pakaian Minaz. Untuk pengetahuan anda, Che Ta merupakan duta kepada jenama tersebut.

Dilantik sebagai duta jenama pakaian Mina selama setahun, saya diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. Janganlah kecam saya kerana ia diberi percuma. Tahun lalu saya dikecam gara gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga.

Che Ta juga ada menempah 10 pasang baju raya dengan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini untuk beliau dan keluarga. Bukan mudah nampaknya untuk Che Ta menggayakan kesemua baju yang beliau ada untuk tahun ini. Bagaimana pula dengan anda? Sudah tempah atau beli baju raya?

Sumber Berita : BH PLUS

 


Comments are closed.

Loading...