Seorang individu yang juga pengamal perubatan di Facebook telah mencuri perhatian ramai gara-gara kenyataannya berkenaan kisah-kisah tular melibatkan jenazah adik Zara tempoh hari.
Mengimbas kembali, jenazah adik Zara telah dilaksanakan proses gali semula bagi tujuan bedah siasat atas arahan pihak berkuasa susulan laporan kes buli yang menjurus kepada kematian pelajar Tingkatan 3 itu.
Berikuta itu, muncul kisah-kisah serta dakwaan yang mengatakan jenazah adik Zara masih dalam keadaan baik dan wangi meskipun lebih 3 minggu beliau dikebumikan.
Namun, individu ini tampil mempersoalkan kebenaran cerita-cerita yang tular itu kerana baginya, ia telah melanggar hukum alam dan sains.
Menurutnya, mungkin beberapa faktor lain telah membuatkan jenazah adik Zara berbau wangi seperti penyediaan mayat sebelum dibawa ke hospital dan sebagainya.
Saya tidak nafikan 100% kewujudan keajaiban tapi itu cukup sekadar untuk saksi di tempat kejadian ambil iktibar.
Menurut beliau, mayat yang dibungkus dalam body bag polis biasanya kedap bau dan hanya akan mengeluarkan bau apabila plastik tersebut dibuka. Penggunaan bahan seperti kapur barus atau kemenyan juga sering digunakan oleh pengurus mayat untuk mengurangkan bau kurang enak.
Di kawasan kubur pula, banyak ditanam pokok berbunga yang mekar termasuk pada waktu malam seperti bakawali dan bunga malam.
Selain itu, ada individu yang mengalami olfactory seizure atau halusinasi bau akibat masalah pada otak, yang boleh menyebabkan mereka menghidu bau yang sebenarnya tidak wujud.
Hantaran tersebut kemudiannya menuai pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan alasan bagi mengelakkan perkara khurafat dan kepercayaan karut.
Namun, ada juga yang mengatakan bahawa tiada sesiapa dapat menolak dan menafikan sesuatu meskipun di luar capaian akal dikira jika dikehendaki Allah S.W.T untuk terjadi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.