Melabur Sejak Umur 21 Tahun, Datuk Aliff Syukri Dedah Miliki 500 Buah Rumah – “Dulu Harga ‘Property’ Murah”

Kehidupan

Melabur Sejak Umur 21 Tahun, Datuk Aliff Syukri Dedah Miliki 500 Buah Rumah – “Dulu Harga ‘Property’ Murah”

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, mendedahkan bahawa beliau memiliki ratusan buah rumah hasil daripada titik peluhnya sepanjang bergelar ahli perniagaan.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata dia mula membeli rumah-rumah tersebut semenjak usia muda lagi.

Advertisement

Menurut Aliff, dahulu harga untuk sebuah rumah jauh lebih murah berbanding sekarang dan ia menjadi faktor untuk dirinya mengumpul aset.

Sejujurnya saya ada 400 ke 500 buah rumah, saya pun tak ingat berapa sebab banyak. Saya mula beli rumah sejak umur 21 tahun.

Beliau turut berkongsi pengalaman memiliki rumah pertamanya yang berharga rendah pada masa itu.

Rumah pertama saya tak mahal, RM99,000 sahaja. Rumah teres corner lot di Puncak Alam. Dulu rumah murah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dan bangga dengan pencapaian yang diperoleh Aliff. Dalam masa yang sama, mereka menyifatkan bapa kepada enam orang anak itu sebagai seorang yang bijak kerana mengumpul aset hartanah yang nilainya kini kian meningkat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-09-09 15:30:42

"Kan Nak Tunang Nanti" - Roslan Aziz 'Kantoikan' Aliff Aziz Nak Bertunang?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...