Mekyun Kongsi Rahsia Pori Mengecil, Kulit Flawless Dengan Serum Pore Minimizer

Branded

Mekyun Kongsi Rahsia Pori Mengecil, Kulit Flawless Dengan Serum Pore Minimizer

Di Malaysia, 69 peratus wanita memiliki kulit berminyak dan 90 peratus daripada mereka turut mempunyai masalah pori yang besar.

Memiliki pori yang besar pada wajah, menimbulkan perasaan insecure dalam diri wanita. Masalah ini terjadi disebabkan lebihan rembesan sebum yang terkumpul dan tidak dapat dikeluarkan. Sebum ini pula kemudian menyerap debu kotoran dan menyekat liang pori.

Pori terbuka (Eucerin)

Sebenarnya di pasaran, terdapat satu serum yang telah terbukti berkesan secara klinikal dan diperakui pakar dermatologi mampu mengecil pori dan menjadikan tekstur kulit lebih sekata untuk kulit berminyak . 

Serum ni merupakan inovasi terbaru dari rangkaian Eucerin ProACNE Solution yang dikenali sebagai Poreless Solution Pore Minimizer Serum. 93 peratus mereka yang menggunakannya mengakui serum ini membantu mengecilkan pori hanya dalam masa 4 minggu.

Mekyun kongsi rahsia untuk kecilkan pori

Mekyun (Eucerin)

Bagi Mekyun seorang pencipta kandungan yang terkenal di TikTok dan Instagram, Eucerin ProACNE Solution merupakan penyelamat kepada masalah insecure yang ada dalam dirinya.

Menurut Mekyun, sebelum ini dia bergelut dengan masalah pori yang besar. Semasa merakam video, dia menggunakan solekan untuk menutupi liang-liang yang kelihatan dan kulit berminyak. Tetapi penggunaan solekan yang kerap telah membuatkan kulitnya berminyak menyebabkan dia juga perlu mengelap mukanya dari semasa ke semasa kerana kelihatan berkilat.

Sebelum & selepas (Eucerin Poreless Serum)

Tapi kini, dia menarik nafas lega selepas diperkenalkan dengan siri Eucerin ProAcne Solution pada awal tahun lalu. Dia dapat melihat sendiri bagaimana pori-porinya mengecil dan kulitnya tidak lagi berminyak hanya selepas beberapa minggu penggunaan. Malah jerawat juga jarang kembali.

Berkongsi rutin penjagaan wajahnya, setiap pagi dan malam Mekyun akan mencuci muka dengan Eucerin ProAcne Solution Cleansing Foam diikuti pemakaian toner. Selepas itu, dia akan memakai Poreless Solution Serum dan diikuti  A.I. Matt Fluid, pelembap kawalan minyak dengan kesan anti-sinar yang dapat bertahan sehingga 8 jam.

Pakar kongsi penyelesaian masalah kulit berminyak & pori terbuka

Menurut Dr. Hwong Giin Shing dari Estique Clinic, pori-pori yang besar terjadi disebabkan pembesaran kelenjar yang merembeskan lebih banyak sebum.

Dr Hwong berkata apabila muka terlalu kering, kulit akan menghasilkan lebih banyak sebum. Pilih pencuci muka yang tidak mengeringkan dan menghilangkan kelembapan. 

Contohnya Eucerin ProACNE Solution Cleansing Foam. Ia membersihkan kotoran secara mendalam. Penggunaan konsisten akan mengelakkan jerawat dan blackhead. Ia tidak mengandungi alcohol manakala kandungan Bisabolol bersifat anti-radang. 

Terangnya lagi, bagi pelembap wajah, pilih yang bersifat bukan komedogenik diuji secara dermatologi agar tidak memberikan kesan kepada keadaan kulit berjerawat, hipersensitif dan mengakibatkan pori tersumbat. Contohnya ProACNE Solution A.I. Matt Fluid.

Katanya Dr Hwong, Laktik Asid dan Asid Glikolik merupakan bahan utama yang diperlukan untuk mengecilkan pori-pori.

-Laktik Asid: Menyingkirkan sel-sel kulit mati, membersihkan liang pori yang tersumbat, serta mengekalkan kelembapan wajah

-Asid Glikolik: Menanggalkan sel kulit mati dengan lembut, mencegah pori tersumbat, dan mengecilkan pori seterusnya menjadikan kulit wajah tampak lebih licin.

Eucerin Poreless Solution mengandungi Laktik Asid dan Asid Glikolik. Ia memiliki sifat ringan yang memudahkannya untuk menyerap dengan pada wajah dan tidak meninggalkan kesan melekit selepas digunakan. Jika anda ingin kulit wajah yang “bebas pori” dan sekata, pastikan Eucerin Poreless Solution serum menjadi pilihan anda. 

Kalau anda nak tahu, Eucerin Poreless Solution Pore Minimizer Serum ni hanya boleh didapati secara eksklusif di Watsons je tau. Yang paling menarik ialah dari sekarang sehingga 31 Disember 2021, jika anda gunakan PROMO KOD: 8EUCNOV anda boleh menikmati penjimatan dengan pembelian Eucerin ProACNE Solution di kedai online Watsons.

Jadi tunggu apa lagi? Segera dapatkan rangkaian Eucerin ProACNE Solution anda hari ini. Untuk pengguna setia Eucerin, jangan lepaskan peluang menyertai Eucerin Platinum Members Club untuk mengumpul mata ganjaran bagi setiap pembelian produk Eucerin. Sertai sekarang: https://www.eucerincrm.com.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...