Meghan Markle Tolak Bidan Diraja Untuk Kelahiran Bayi Sulung

Trending

Meghan Markle Tolak Bidan Diraja Untuk Kelahiran Bayi Sulung

Siapa tidak mengenali pasangan diraja Britain Putera Harry dan Meghan Markle yang telah memecah tradisi kerabat diraja negara itu kerana memilih untuk tidak melantik pakar sakit puan diraja bagi membantunya sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi sulung mereka yang akan keluar tidak lama lagi.

Advertisement

Menurut Reuters, Meghan telah melantik pasukan dan ‘bidannya’ sendiri untuk proses menyambut kelahirannya yang pertama itu. Meghan dikatakan tidak mahu ada “pihak berpengaruh” memantau kelahiran anaknya.

Isteri Putera Harry itu dikatakan tidak mahu ada ‘pengawal peribadi lantikan istana’ memantau kelahiran tersebut.

Sumber juga mengatakan bahawa Meghan telah melantik seorang doktor wanita sendiri bagi menyambut kelahiran anaknya yang dijangka lahir pada bulan ini.

Tindakan Meghan itu amat mengejutkan kerana doktor yang dilantik Ratu Elizabeth itu merupakan antara yang terbaik.

Bagaimanapun, jurucakap keluarga diraja Britain enggan mengulas kesahihan mengenai perkara tersebut.

Apa pendapat anda semua jika mempunyai doctor sendiri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...