Megahnya, Starbucks Terbesar Dunia Kini Dibuka Di Nakameguro, Tokyo

Trending

Megahnya, Starbucks Terbesar Dunia Kini Dibuka Di Nakameguro, Tokyo

Sebut saja pasal minuman Starbucks pastinya semua orang tahu, tidak kira tua ataupun muda.  Kini Starbucks meluaskan sayapnya ke Tokyo dan memberikan kelainan kepada pengunjung di sana.

Advertisement

Dengan keluasan 32 000 kaki persegi dan empat tingkat pastinya sudah mengalahkan Shanghai Reserve Roastery.  Di tengah-tengah bandar Nakameguro, Tokyo mentakrifkan semula runcit untuk mengukuhkan komitmen Starbucks untuk inovasi kopi di Jepun.

Pelanggan boleh menikmati lebih daripada 100 jenis kopi dan teh unik serta barangan dagangan ekslusif di Starbucks Tokyo yang mempersonakan.

Sebagai pasaran antarabangsa pertama di luar Amerika Utara, Starbucks Jepun telah menyumbang 23 tahun inovasi untuk syarikat itu di seluruh dunia.

Pemilihan lokasi berhampiran Sungai Meguro ini membolehkan para pengunjung melihat pemandangan sungai yang mengagumkan melalui dinding kaca besarnya.

Seperti Starbucks Roasteries yang lain, lokasi menempatkan kedai roti Rocco Princi yang menyediakan dan menyampaikan roti yang lembut, pizza, salad dan gula-gula yang berbeza pada setiap hari.

Pada tingkat 2 bangunan ini mempunyai Teavana bar terbesar di dunia yang menyediakan pemilihan khusus seperti Teavana Crean Soda Matcha Ekslusif (900 yen).

Bukan itu sahaja pada tingkat 3 pula terdapat ruangan minuman beralkohol, termasuklah koktel, serta makanan ringan dan pencuci mulut. Akhirnya pada tingkat 4 menempatkan barisan jenis kopi untuk diagihkan kepada cawangan kecil di seluruh Jepun.

 

Sumber : nextshark

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...