Baru-baru ini, nama usahawan Bawal Exclusive, Haliza Maysuri sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas dirinya menyambut hari jadi yang ke-48 dengan penuh megah dan mewah.
Kek hari jadi serta busana yang dipakai oleh Haliza dan suami menjadi bualan ramai dek harga yang sangat mahal.
Kek dipenuhi dengan 12,000 butir Crystal Swarovski
Difahamkan, kek hari jadi tiga tingkat milik Haliza bertemakan The Glamorous Crown Cake, di mana dapat dilihat ‘design’ kek terbabit seakan-akan fabrik tudung bawal yang lembut serta eksklusif.
View this post on Instagram
Kek mewah terbabit menjadi tumpuan ramai susulan ia dihiasi dengan 12,000 butir Crystal Swarovski, di mana ia disiapkan dalam tempoh 64 jam dan berharga cecah RM14,800.
Busana mewah cecah lebih RM150k!
Dalam pada itu, dapat dilihat juga Haliza memperagakan busana yang direka oleh rumah fesyen, Ri Haute Couture dan ia bertemakan Malam Gala Jazz, diinspirasi oleh rekaan ‘bespoke men suit’ diolah dengan ‘Silhouette’ klasik Dior era 20-an.
Difahamkan, keseluruhan harga untuk busana yang dipakai ketika menyambut hari kelahiran Haliza mencecah sehingga RM151,000.
Hal tersebut sememangnya membuatkan netizen tergamam serta menasihati Haliza untuk tidak melayani komen negatif yang dengki dengan kesenangannya.