MEF Anggap Cadangan Gaji RM5,000 Sebagai Tidak Realistik, Ekonomi Masih Parah

Berita

MEF Anggap Cadangan Gaji RM5,000 Sebagai Tidak Realistik, Ekonomi Masih Parah

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggangap cadangan kadar gaji ideal bagi individu bujang dan keluarga dua sepatutnya berada pada paras RM5,000 ke atas dilihat tidak realistik dengan konteks ekonomi semasa.

Memetik laporan Sinar Harian, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, ia kerana kebanyakan majikan terutamanya sektor mikro, kecil dan sederhana (PKMS) masih bergelut untuk menstabilkan kewangan syarikat selepas pandemik Covid-19 melanda.

Advertisement

pekerja lelaki

 

Menurutnya, kadar kenaikan kos operasi, gangguan rantaian bekalan global dan perubatan permintaan pengguna sukar untuk majikan menawarkan kenaikan gaji tanpa memberi kesan kepada kelangsungan perniagaan.

Secara umumnya, sebarang cadangan menetapkan gaji bermaruah RM5,000 ke atas tidak mengambil kira realiti semasa majikan dan landskap ekonomi global terutamanya selepas pelaksanaan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) terhadap pengeksport termasuk Malaysia.

kalkulator

Tindakan AS kenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus terhadap produk Malaysia beri tekanan tambahan kepada daya saingan eksport negara, walaupun ditangguhkan untuk tiga bulan. Ini secara langsung menjejaskan hasil pendapatan syarikat terutamanya sektor perkilangan dan eksport.

Beliau turut berkata, jika kos buruh meningkat mendadak, ia boleh menyebabkan pengeksport Malaysia kehilangan pasaran antarabangsa dan pelabur akan mencari negara yang menawarkan kos buruh lebih kompetitif.

 

gaji ideal dan bermaruah RM5000
24 hours ago

Gaji Ideal & Bermaruah Sepatutnya RM5,000 Ke Atas - Penganalisis Ekonomi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...