Media Sosial Satukan Anak, Ayah Terputus Hubungan Sejak 12 Tahun Lepas

Trending

Media Sosial Satukan Anak, Ayah Terputus Hubungan Sejak 12 Tahun Lepas

Biarpun sebelum ini wujud segelintir pihak yang kadang kalanya menganggap media sosial sebagai platform yang negatif, namun persepsi tersebut seakan berubah selepas ia kini dilihat menjadi medan untuk seorang anak berjumpa dengan ayahnya setelah sekian lama terpisah. 

Kisah itu dikongsi sendiri oleh gadis dikenali sebagai Shania Natashha menerusi beberapa posting di laman Twitter. 

Advertisement

Lebih menarik, posting tersebut juga difahamkan telah dikongsi sebanyak 10,500 kali.

Menurut Shania, pada awalnya beliau hanya mahu mencuba nasib mencari ayahnya, Muhammad Shahril Adam Abdullah dengan memuat naik foto mereka berdua sekitar 12 tahun lalu.

Dedahnya lagi mereka terpisah selepas ayahnya bercerai dengan ibunya sejak 2008.

Namun begitu, selepas foto tersebut tular di pelusuk media sosial, beliau dihubungi seorang individu yang mendakwa ayahnya merupakan adik beradik individu tersebut.

Dalam pada itu, beliau difahamkan tampil menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang membantunya dalam misi mencari bapa kandungnya semula.

Menerusi ciapan terbaharu Shania di Twitter, beliau dilihat turut berkongsi gambar terkini ayahnya yang kelihatan sihat dan masih segak seperti 12 tahun lalu. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...