Biarpun sebelum ini wujud segelintir pihak yang kadang kalanya menganggap media sosial sebagai platform yang negatif, namun persepsi tersebut seakan berubah selepas ia kini dilihat menjadi medan untuk seorang anak berjumpa dengan ayahnya setelah sekian lama terpisah.
Kisah itu dikongsi sendiri oleh gadis dikenali sebagai Shania Natashha menerusi beberapa posting di laman Twitter.
Lebih menarik, posting tersebut juga difahamkan telah dikongsi sebanyak 10,500 kali.
bismillah, assalamualaikum. hai gais, sebenarnya aku taknak post sebab segan tp aku nk cuba guna kuasa viral manatau ada luck. ni ayah aku, Muhammad Shahril Adam bin Abdullah (nama islam dia) tapi after separated dgn my mom, dia keluar islam and agama asal dia kristian… pic.twitter.com/QfbcHC89NT
— sha (@shanianatasha__) October 4, 2020
Menurut Shania, pada awalnya beliau hanya mahu mencuba nasib mencari ayahnya, Muhammad Shahril Adam Abdullah dengan memuat naik foto mereka berdua sekitar 12 tahun lalu.
Dedahnya lagi mereka terpisah selepas ayahnya bercerai dengan ibunya sejak 2008.
okey guys just nak update tp belom pasti, tadi ada yang share contact mengatakan dia adalah adik beradik ayah sy. mungkin sy dah 90% dekat dah dgn dia ? terima kasih for all the wishes and anything update pasal contact td, i will update tomorrow as soon as i can! tq guys!!!!???
— sha (@shanianatasha__) October 5, 2020
Namun begitu, selepas foto tersebut tular di pelusuk media sosial, beliau dihubungi seorang individu yang mendakwa ayahnya merupakan adik beradik individu tersebut.
UPDATE GUYS!!! aku dah call ayah aku tadi????? alhamdulillah dia sihat. bangun2 pagi ni aku speechless, terkejut ramai sepupu2 ws aku (sebelah ayah) bagitau and tanya khabar. thank you guys dalam masa sehari je twitter buat kerja ??? thanks yg wish thanks yg tlg. ILOVEUGUYS pic.twitter.com/2DDge1luxU
— sha (@shanianatasha__) October 6, 2020
Dalam pada itu, beliau difahamkan tampil menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang membantunya dalam misi mencari bapa kandungnya semula.
sorry tau yang comment2 kat bawah tu aku tak dpt nak reply 1 1 tp terima kasih utk korg yg tolong and yg mata masuk habuk, bergenang air mata korg doakan aku dgn ayah aku takkan lost dh tau tau?? korang hebat?at first i was scared nk buat viral thingy ni but ya alhamdulillah?
— sha (@shanianatasha__) October 6, 2020
Menerusi ciapan terbaharu Shania di Twitter, beliau dilihat turut berkongsi gambar terkini ayahnya yang kelihatan sihat dan masih segak seperti 12 tahun lalu.