Media Sosial Elizabeth Tan Jadi Tempat ‘Berkumpul’ Lelaki Melayu Miang

Hiburan

Media Sosial Elizabeth Tan Jadi Tempat ‘Berkumpul’ Lelaki Melayu Miang

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan tampil mencuri perhatian netizen terutamanya golongan lelaki apabila dia ada memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok miliknya, baru-baru ini.

Seolah-olah menjadi tempat berkumpulnya lelaki miang dan gatal, Elizabeth yang lebih mesra disapa sebagai Lizzy sekali lagi menjadi mangsa komen-komen ghairah dari kaum Adam itu, hanya kerana dia tampil beraksi sedikit seksi.

Advertisement

Dalam video tersebut, Lizzy tampil menari santai dan muncul selepas itu komen-komen gatal daripada netizen yang mengatakan penyanyi lagu Knock-Knock itu seolah-olah tidak memakai baju dalam sehingga menampakkan benjolan di bahagian dadanya.

Namun ada juga yang tampil memberi teguran berbaur nasihat kepada lelaki-lelaki berkenaan agar sentiasa menjaga pandangan dan tidak meninggalkan komen melampaui batas.

“Malunya Ya Allah. Jantan Melayu dalam ni. Ingat surah An-Nur ayat 30 oi..” tulis seorang netizen.

Terdahulu, Lizzy telah mengejutkan orang ramai apabila dia telah berkahwin secara senyap dengan jejaka pilihan yang juga ahli perniagaan, Siew Jim,30, sekitar bulan Mac yang lalu.

Elizabeth Tan
2 years ago

"Status Sebagai Wanita Bukan Halangan Untuk Cuba Lakukan Aksi Lasak Sendiri" - Elizabeth Tan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...