July 23rd, 2020

Mendedahkan dirinya bukanlah seorang yang sentiasa bersolek sepanjang hari walaupun duduk di rumah, pelakon Izara Aishah dikhabarkan bersuara berkenaan hal tersebut di laman Twitternya apabila wujud pihak bertanyakan tentang solekan di rumah kepadanya.

izara aisyah tak bersolek 24 jam

“Izara memang makeup 24 jam ke walaupun di rumah?”

Izara bagaiamanapun mengulang kicau pertanyaan tersebut sambil menjelaskan bahawa dirinya tidak bersolek seharian.

“Tak sayang. Media sosial bukan realiti.”

Perkara itu bagai disalah tafsir oleh sebilangan warganet yang tidak jelas akan tujuan sebenar dirinya bersolek sebelum ini. Rentetan itu, Izara dilihat tampil menjelaskan kepada umum bahawa wajahnya bersolek ketika sedang mengepam susu anak adalah kerana beliau sepatutnya melakukan siaran langsung di Instagram namun tiba-tiba tidak jadi kerana malas.

Namun menjengah di bahagian komen tweet berkenaan, rata-rata pengikut di laman berkenaan seakan memuji kecantikan yang dikurniakan buat pelakon itu.

Malah, wujud juga peminatnya menitip pujian kepada Izara yang sentiasa tampak anggun biarpun tanpa secalit solekan di wajah.

Sekadar informasi, Izara sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada 17 November 2017. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata perempuan, Irisa Alaia Muhammad Adib pada 15 April 2020.


One response to ““Media Sosial Bukan Realiti” – Izara Aishah Akui Tak Bersolek 24 Jam”

  1. Viro says:

    Jenazah pun x bsolek..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...