Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Media Prima & Astro Bayar Murah, Macam Mana Kami Nak Hidup – Othman Hafsham

Sedih sungguh Abang Nara membaca luahan hati Othman Hafsham ini. Menurut Othman, selama ini Media Prima dan Astro membayar hasil karya penggiat seni dengan harga yang murah dan mendukacitakan. Namun oleh kerana tiada pilihan lain, nak tak nak mereka terpaksa juga menjual produk yang dihasilkan kepada stesen-stesen ini.

othman hafsham

Advertisement

Inilah yang terjadi bila monopoli terjadi. Sedikit luahan hati Othman Hafsham yang diterbitkan menerusi Pancaindera semalam untuk tatapan anda:-

Media Prima misalnya telah memonopoli empat buah stesen televisyen di bawahnya. Bayaran yang diberikan kepada hasil seni kita teramat mendukacitakan tetapi penggiat seni tiada pilihan untuk menjual hasil produk mereka. Bayangkan Media Prima sahaja ada empat stesen televisyen dan semua menetapkan harga yang sama dan murah. Macam mana kami semua nak hidup.Bukan sekadar bayaran yang terlalu murah, bahkan ada bayaran sampai sekarang tidak dibayar penuh. Mereka (stesen televisyen) sepatutnya memikirkan tentang perasaan kami dan jangan hanya mengaut keuntungan semata-mata. ?Terus terang saya cakapkan, kami semua memerlukan duit untuk pusing balik modal kami. Kami bekerja untuk duit bukan syok sendiri.?Saya harap jumlah bayaran perlulah diubah mengikut peredaran zaman sekarang. Bayaran untuk satu skrip atau drama yang sudah siap tidak berubah sejak berzaman lamanya

Namun menurut Othman Hafsham, hanya stesen RTM sahaja yang membayar pihak industri seni dengan harga yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.

Bukan saja Media Prima, Astro pun sama. Sepatutnya mereka syarikat besar jadi bayaran juga perlulah besar, saya bukan menuntut untuk diberi bayaran yang cukup tinggi tetapi biarlah memadai dengan penat lelah kami menyiapkan naskah tersebut.

Kesian kan? Mungkin sebab itu kita selaku penonton-penonton sering disajikan dengan drama-drama yang kurang bermutu tinggi. Bukan salah pihak produksi sepenuhnya. Kalau memang tak ada duit, macam mana nak hasilkan sesuatu yang bagus? Semoga pihak-pihak yang terlibat membuka mata dan berjuang untuk mempertahankan hak mereka.

othman

P.S: Tunggu apa lagi? Dapatkan jubah berkualiti tinggi ini dengan harga SERENDAH RM69 sahaja. Pasti anda akan kelihatan lebih sopan, anggun dan menawan. Klik di sini untuk membuat tempahan atau sebarang pertanyaan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

75 Comments

  1. nek nab

    September 25, 2012 at 12:37 pm

    bagi nek nab,besala media prima n astro kn saluran swasta…pe yg dorg nmpk hnye $$$$$,untung…kalo compare lak cte2 kt astro n cte2 kt media prima,bpuluh kali elok kt media prima…sebabnye???dhla siaran asyk brulang,pastu muke pelakon eh idok le semenggah…nth pe jenis cte yg diameknye…meh nek nab sebutkn ckit cte kt astro yg xbjenis 2 eh : enjit2 semut, di bawah ketiak isteri…
    nmpk sgt cte ni dibeli sb murah…mn xmurah,pelakon pn nek nab xknl…cte bujang sepah lalalitamplom pn sme,yg nek nab knl muke bdk sepah 3org 2je,tp mostly plakon yg bru nk pndai bc skrip…nek nab ni da bpe kali mngamuk kt astro,dhla servis lembap,cte brulang2,zed zaidi tlgla kasi backhand kt astro ni ckit…xpkai astro tv cntik siaran xdpt,pkai astro plak dok cekik duit rakyat tp servis cm #@$%^*&*&…

  2. jay

    September 25, 2012 at 12:36 pm

    Media PRima memang mcm tu…. Kalau nak glmour memang nak lebih tapi kenapa byr murah dgn hsl seni. Tak berapa suka tonton tv3 terutamanya… kerana pyampaian berita di saluran itu agak bias. Lbh suka tonton berita awani

  3. ku pinang mu dengan MasyaAllah

    September 25, 2012 at 12:03 pm

    Zed Zaidi kalau lantang bersuara, pasti akan disayangi .

  4. mama gangnam

    September 25, 2012 at 11:52 am

    ape yg aku nk ckp….kpd stesen tv media prima & astro…please stop sinetron from indonesia….stkt satu dua bley la lyn tp klu da melambak sgt…..eeeiiii tlg lah jgn anak tirikan produksi tempatan yg nyata drama nye lg bgus….

    p/s : beli & hargai produk keluaran tempatan…klu bkn kite…spe lg yg nk hargai….

  5. jat

    September 25, 2012 at 10:24 am

    benda ni banyak gak aku dengar…dapat harga murah…so its either take it or leave it. tu belum kes kalau royalti lagi, kot2 la tukar hak dari pengarah/penerbit kepada penyiar, mmg xde hak la untuk tuntut royalti kan rase nye

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top