Media Korea Utara Berdiam Diri Tentang Keberadaan Kim Jong Un Mencetuskan Pelbagai Spekulasi

Trending

Media Korea Utara Berdiam Diri Tentang Keberadaan Kim Jong Un Mencetuskan Pelbagai Spekulasi

Setakat ini, pihak media Korea Utara tidak menyebut apa-apa tentang penampilan baru oleh pemimpin Kim Jong Un, sehari setelah spekulasi antarabangsa mengenai status kesihatannya. Semuanya tercetus selepas Kim Jong Un dilaporkan tidak menghadirkan diri dalam satu perayaan besar minggu lalu.

Korea Selatan dan pihak berkuasa China serta badan perisikan Amerika Syarikat mengesyaki Kim Jong Un dalam keadaan yang kritikal selepas pembedahannya baru-baru ini. Kali terakhir beliau memunculkan diri di khalayak ramai adalah pada 11 April lalu. Spekulasi mengenai kesihatannya muncul selepas dia tidak menghadirkan diri pada sambutan kelahiran datuknya, Kim Il Sung pada 15 April lalu.

Advertisement

Pakar Korea Utara telah memperingatkan bahawa fakta-fakta mengenai keadaan Kim sukar difahami tetapi mengatakan bahawa ketidakhadirannya yang belum pernah terjadi sebelum ini, dari perayaan besar untuk ulang tahun datuknya itu memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

kim jong un

Menurut Daily NK iaitu syarikat surat khabar Korea Selatan yang memfokuskan tentang Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan menerima pembedahan pada 12 April yang lalu. Laporan itu turut menyebut bahawa kesihatan beliau terjejas kerana kuat merokok, obes dan terlalu kuat bekerja.

Mengikut rekod, Kim Jong Un pernah menghilangkan diri dari pandangan umum selama lebih dari sebulan pada tahun 2014, yang juga menimbulkan spekulasi mengenai kesihatannya. Dia kemudian kembali menggunakan tongkat dan beberapa hari kemudian perisik Korea Selatan mengatakan bahawa dia telah melakukan pembedahan pada pergelangan kakinya.

Butiran tentang keadaan kesihatan Kim Jong Un masih samar memandangkan Korea Utara sering merahsiakan berita di dalam negara itu. Setakat ini, masih tiada laporan mengenai perkembangan kesihatan Kim Jong Un selepas pembedahan tersebut.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...