ME-Time atau MEETime? Nikmati Yang Terbaik Dalam Fotografi & Rangkaian Bersama HUAWEI P40 Series Apabila Anda #StayAtHome

Hiburan

ME-Time atau MEETime? Nikmati Yang Terbaik Dalam Fotografi & Rangkaian Bersama HUAWEI P40 Series Apabila Anda #StayAtHome

Pejam celik pejam celik, sudah hampir sebulan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semakin ramai yang mengadu kebosanan kerana sudah kekeringan idea untuk melakukan aktiviti yang menarik di rumah, lebih-lebih mereka yang tinggal seorang diri.

Ha, hari ini izinkan kami berkongsi sesuatu yang pasti dapat membuatkan ME-Time anda lebih menyeronokkan, bermanfaat serta berkualiti. Jeng, jeng, jeng.

Advertisement

huawei p40 pro

Sesuatu itu tak lain tak bukan ialah HUAWEI P40 Series, telefon pintar terbaru daripada HUAWEI yang terbaik dalam fotografi & rangkaian (BEST Photography & Connectivity smartphone).

huawei p40 pro

Cerita banyak tak guna, jom kita tengok ke”best”an dan ke”power”an HUAWEI P40 Series ini yang pasti menjadikan PKP anda lebih ceria.

Kamera Awesome Untuk Selfie, Gambar Pemandangan & Macam-Macam Lagi

huawei p40 pro rear camera

Tahukah anda HUAWEI P40 Series mempunyai kamera yang mampu memberikan gambar seperti di dalam studio?

huawe p40 pro front camera

Siap boleh buat macam potret lagi. Dengan kamera hadapan 32MP dan HDR, selfie anda pasti akan mendapat banyak LIKES di media sosial.

Sekiranya anda seorang pencinta keindahan malam atau sukar untuk melelapkan mata, jangan risau anda boleh mengambil gambar bintang dan bulan dengan begitu jelas sekali menggunakan HUAWEI P40 Series ini.

Untuk makluman, telefon pintar terkini dari HUAWEI ini mampu memberikan gambar yang AMAT jelas walaupun berada di dalam keadaan kekurangan sumber cahaya. Tak percaya? Cuba tengok gambar dekat bawah tu.

huawei p40 pro night mode

Nak lagi best, anda boleh zoom sebanyak 50x menggunakan kamera HUAWEI P40 Series ini tanpa menjejaskan kualiti gambar yang diambil.

Bolehlah nak zoom muka rakyat Malaysia yang mengingkari arahan PKP dari balkoni rumah anda. Hantar terus ke PDRM biar kena tangkap.

huawei p40 pro super zoom

Last but not least, sekiranya anda berjauhan dengan kekasih hati, tak perlu risau kerana HUAWEI P40 Series membolehkan anda merakamkan video dengan 4K Selfie Video. Siap boleh buat live streaming lagi.

Wajah anda akan terpampang dengan jelas buat tatapan si dia. Barulah hilang rasa rindu di hati

AI Golden Snap (abadikan detik indah bersama keluarga sepanjang #StayAtHome ini)

Buat mereka yang sudah berkeluarga, tempoh PKP ini adalah masa terbaik untung meluangkan masa bersama anak-anak serta pasangan masing-masing. Jangan lepaskan peluang untuk merakamkan detik-detik indah dengan menggunakan 3 fungsi AI yang ada di dalam HUAWEI P40 Series ini.

AI Best Moment

AI Best Moment menggunakan algoritma untuk merakam gambar bergerak dalam resolusi 4K. Kalau sebut je pasal 4K ni, dia punya resolusi memang tip-top tinggi. Fungsi ini akan memberi 3 cadangan gambar terbaik, jadi anda boleh pilih yang mana satu expresi paling kacak atau ayu, ataupun postur yang terbaik.

AI Remove Passerby

Katakan tidak kepada photobomb. Anda boleh buang wajah adik-beradik anda yang suka mengganggu ketika bergambar

AI Remove Reflection

Boleh mengurangkan pantulan apabila anda ingin bergambar di hadapan cermin atau kaca.

Cara Berhubung Terbaik Dengan Keluarga Walau Berjauhan

Walaupun ada di kalangan kita yang terpisah jauh dengan keluarga tercinta sepanjang PKP ini, namun ia bukanlah alasan untuk kita tidak berhubung. Dengan HUAWEI P40 Series, banyak cara untuk kita berkongsi detik-detik berharga bersama mereka. Antaranya:-

MEETime

Salah satu aktiviti yang WAJIB dilakukan untuk melepaskan rindu di dada kepada ibu dan ayah adalah melakukan panggilan video. Dengan fungsi MEETime di dalam HUAWEI P40 Series, wajah anda akan kelihatan jelas di dalam HD walaupun dalam keadaan kekurangan cahaya.

Wajah mak ayah pun nampak “real” macam depan mata. Tak ada sebarang lag. Siap boleh “screen sharing” jika mahu melakukan sebarang aktiviti bersama. Sangat sesuai jika anda perlu bekerja dari rumah.

HUAWEI AppGallery

huawei p40 pro

Apabila anda sudah kebosanan sepanjang PKP ini, jangan risau kerana ada banyak applikasi menarik di dalam HUAWEI AppGallery. Ada applikasi untuk shopping, bersenam, sosial media, main games dan macam-macam lagilah.

Kesemua applikasi pilihan rakyat Malaysia ada di dalamnya. Paling best, anda boleh menggunakan lebih daripada 100 applikasi di dalam HUAWEI AppGallery ini tanpa perlu meng”install”nya di dalam HUAWEI P40 Series anda. Jimat ruang simpanan.

huawei cloud storage

huawei video gallery

Jangan lupa untuk tebus HUAWEI Cloud sebesar 50GB untuk 1 tahun, akses premium untuk HUAWEI Video selama 3 bulan dan juga jika anda adalah HUAWEI Member Center, ada ganjaran bernilai RM2381 menanti anda.

HUAWEI Share

Jika anda turut memilikii HUAWEI MatePad Pro, anda boleh melakukan multi-screen kolaborasi bersama HUAWEI P40 Series anda. Boleh kongsikan skrin di telefon ke tablet atau komputer riba anda. Lagi besar skrin, lagi syok main game, tengok movie dan sebagainya.

Meetime Call juga boleh digunakan dengan HUAWEI Share seperti yang ditunjukkan dalam video di atas. Jadi, anda boleh kongsikan skrin di jika anda ada MatePad Pro atau Matebook.

Kesimpulan

Sepanjang tempoh PKP ini, adalah satu keputusan TERBAIK sekiranya anda membeli HUAWEI P40 Series kerana ia bakal menjadi peneman setia anda.

Lagi syok, macam-macam hadiah PERCUMA bakal menjadi milik anda seperti Wireless Car SuperCharge, storan awan HUAWEI 50GB (sah untuk 12 bulan), 1 tahun jaminan tambahan dan 1 bulan perlindungan skrin jika anda membeli P40 Pro.

Kalau anda memilih untuk membeli P40 pula anda akan dapat Wireless Charging Case, storan awan HUAWEI 50GB (sah untuk 12 bulan), 1 tahun jaminan tambahan dan 1 bulan perlindungan skrin.

Kedua-dua pakej ini bernilai lebih dari RM690! Pastinya berbaloi jika anda buat tempahan sekarang juga di SINI

Pastinya ia akan menjadi pembelian TERBAIK kerana HUAWEI P40 Series adalah TERBAIK dalam fotografi dan juga rangkaian. Maklumat lanjut layari laman rasmi HUAWEI

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...