Md Rayhan Kabir Dihantar Pulang Tanpa Sebarang Pendakwaan Di Malaysia

Trending

Md Rayhan Kabir Dihantar Pulang Tanpa Sebarang Pendakwaan Di Malaysia

Md Rayhan Kabir yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa selepas mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes COVID-19 melalui dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown membabitkan warga asing yang diterbitkan Al Jazeera.

Dia yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan dihantar pulang tanpa sebarang pendakwaan.

Advertisement

Peguam bela Md Rayhan, K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja dalam kenyataan memberitahu, dia akan dihantar pulang sebaik keputusan saringan COVID-19 selesai.

Sumitha turut memberitahu, tempoh proses penghantaran balik itu termasuk menunggu tiket penerbangannya ke Bangladesh.

“Pihak imigresen memutuskan untuk menghantar pulang Rayhan Kabir. Tidak akan pendakwaan dikenakan terhadap anak guam kami.”

Md Rayhan sebelum ini ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 24 Julai lalu. Sebelum ini, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...