Md Rayhan Kabir yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa selepas mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes COVID-19 melalui dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown membabitkan warga asing yang diterbitkan Al Jazeera.
Dia yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan dihantar pulang tanpa sebarang pendakwaan.
Peguam bela Md Rayhan, K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja dalam kenyataan memberitahu, dia akan dihantar pulang sebaik keputusan saringan COVID-19 selesai.
Sumitha turut memberitahu, tempoh proses penghantaran balik itu termasuk menunggu tiket penerbangannya ke Bangladesh.
Md Rayhan sebelum ini ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 24 Julai lalu. Sebelum ini, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.