Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang berkomunikasi dengan TikTok untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan sekatan terhadap 18 akaun organisasi media tempatan baru-baru ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menyatakan bahawa maklumat awal yang diterima daripada TikTok menunjukkan sekatan tersebut berlaku kerana akaun-akaun itu melaporkan kes cabul melibatkan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali.
Masalahnya adalah kecerdasan buatan (AI) TikTok itu sendiri, di sini sedikit amaran, AI kadangkala dia boleh jauh tersasar, dia tak faham bahawa organisasi media pelaporannya berbeza daripada kandungan yang dihasilkan oleh orang biasa.
Jadi saya telah minta supaya satu perbincangan diadakan dalam tempoh terdekat untuk memperhalusi fungsi akaun-akaun TikTok yang dimiliki oleh media supaya tak dikenakan tindakan sedemikian rupa di masa depan.
Beliau turut menyatakan telah meminta agar satu perbincangan diadakan dalam masa terdekat untuk meneliti lebih lanjut tentang fungsi akaun TikTok yang dimiliki oleh media, supaya tindakan serupa dapat dielakkan pada masa hadapan.
Fahmi berkata demikian selepas melancarkan kursus AI in the Newsroom anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), hari ini.
Fahmi turut menegaskan bahawa laporan mengenai kes cabul tersebut adalah laporan berita biasa dan tidak seharusnya menjadi alasan untuk dikenakan sekatan.
Pelaporan itu sepatutnya tidak menjadi masalah. Jadi di situ saya nampak masalah AI yang perlu TikTok jelaskan kepada kami dan kemudian jelaskan juga kepada syarikat-syarikat media.
Menurutnya, TikTok kini sedang meningkatkan penggunaan AI dalam proses penyederhanaan kandungan (content moderation), namun kadang-kadang langkah ini menyebabkan salah faham dan sekatan terhadap kandungan berita yang sah.
Semalam, sebanyak 18 akaun TikTok milik organisasi media tempatan, termasuk akaun Kosmo! Online, telah dikenakan sekatan kekal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautandi bawah.