MCMC Siasat 17 Individu Sebar Info Palsu Harga Minyak & Elektrik

Berita

MCMC Siasat 17 Individu Sebar Info Palsu Harga Minyak & Elektrik

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap 17 individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik di media sosial.

Setakat ini, lapan suspek telah dipanggil untuk dirakam percakapan, manakala sembilan lagi sedang dipantau dan dijangka akan dipanggil dalam masa terdekat.

Advertisement

Menurut MCMC, penyebaran maklumat tidak sahih boleh mencetuskan panik dan kegelisahan dalam kalangan orang ramai, justeru tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang melanggar undang-undang.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, tular satu maklumat palsu mengenai harga minyak yang menggunakan logo Buletin TV3. Pihak Buletin TV3 menafikan pernah menerbitkan kandungan tersebut, namun memaklumkan mereka ada menghasilkan poster rasmi berdasarkan rujukan daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-01 15:02:36

Petronas Maklum Bekalan Minyak Dijangka Bertahan Sehingga Hujung Mei 2026

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...