MCMC Menang Saman, Mahkamah Benarkan Penghakiman Ingkar Terhadap ‘Edisi Siasat’ & ‘Edisi Khas’

Berita

MCMC Menang Saman, Mahkamah Benarkan Penghakiman Ingkar Terhadap ‘Edisi Siasat’ & ‘Edisi Khas’

Beliau memaklumkan bahawa “MCMC telah memfailkan JID ini pada 25 September lalu bagi beberapa tuntutan yang dimasukkan pada writ bertarikh dan pernyataan tuntutan bertarikh 21 Mei.”

Menurutnya lagi, “Peguam bagi kedua-dua defendan juga tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding ini,” sekali gus menyebabkan proses berjalan tanpa kehadiran wakil undang-undang mereka.

Advertisement

Edisi siasat , edisi khas, mcmc

Berikutan situasi itu, mahkamah membenarkan permohonan JID berkenaan terhadap kedua-dua pihak tersebut.

Namun, beliau menjelaskan bahawa jumlah ganti rugi am dan teladan akan ditentukan oleh mahkamah pada tarikh prosiding yang lain.

Mahkamah menetapkan 27 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, pada 21 Mei lalu, MCMC selaku plaintif telah memfailkan saman dengan menamakan dua individu tersebut bersama Telegram Messenger Inc sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutan itu, MCMC mendakwa saluran tersebut terlibat dalam kempen terancang yang menyasarkan Institusi Diraja serta beberapa institusi awam sejak 6 Februari 2024.

MCMC juga menegaskan bahawa kesemua defendan telah menyebarkan berita palsu dan mengelirukan, dengan tujuan menimbulkan ketidakstabilan awam dan melemahkan keyakinan terhadap tadbir urus negara. – SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mendulang emas
2025-11-13 15:14:42

Rakyat Kelantan Dibenarkan Mendulang Emas Di Tanah Kerajaan Negeri Tapi Ada Syaratnya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...