McFlurry & Sundae Perisa Blueberry Kini Kembali, Ada Juga Pai Blueberry Cream Cheese Terbaru

Trending

McFlurry & Sundae Perisa Blueberry Kini Kembali, Ada Juga Pai Blueberry Cream Cheese Terbaru

Jika anda sukakan pencuci mulut atau dessert anda harus mencuba McFlurry dan Sundae perisa Blueberry yang telah sekian lama dinantikan dan kini sudah kembali di McDonald’s.

Apa sahaja menu keluaran terbaru restoran makanan segera itu pasti akan membuatkan ramai teruja. Tidak dinafikan mereka pandai memikat hati pelanggan.

Advertisement

blueberry sundae

Bukan hanya memperkenalkan semula aiskrim perisa Blueberry yang menjadi kegemaran ramai. Anda juga mesti cuba pai terbaru mereka yang menggabungkan kelazatan buah Blueberry dengan rasa lemak cream cheese yang begitu nikmat rasanya.

Rasa manis Blueberry Cream Cheese Pie pasti melengkapkan selera anda.

mcdonald's blueberry

Kesemua menu terbaru itu boleh didapati di cawangan McDonald’s seluruh Malaysia.

Harga untuk McFlurry Blueberry hanya RM7.54, Blueberry Sundae  RM5.19 manakala harga untuk Blueberry Cream Cheese Pie adalah RM4.25.

Apa tunggu lagi, ajaklah kawan-kawan untuk cepat-cepat terjah cawangan McDonald’s berhampiran anda dan berpeluang merasai sendiri pencuci mulut yang enak ini kerana ia hanya dijual untuk tempoh yang terhad.

Sumber Berita : McDonald’s Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...