Jika anda sukakan pencuci mulut atau dessert anda harus mencuba McFlurry dan Sundae perisa Blueberry yang telah sekian lama dinantikan dan kini sudah kembali di McDonald’s.
Apa sahaja menu keluaran terbaru restoran makanan segera itu pasti akan membuatkan ramai teruja. Tidak dinafikan mereka pandai memikat hati pelanggan.
Bukan hanya memperkenalkan semula aiskrim perisa Blueberry yang menjadi kegemaran ramai. Anda juga mesti cuba pai terbaru mereka yang menggabungkan kelazatan buah Blueberry dengan rasa lemak cream cheese yang begitu nikmat rasanya.
Rasa manis Blueberry Cream Cheese Pie pasti melengkapkan selera anda.
Kesemua menu terbaru itu boleh didapati di cawangan McDonald’s seluruh Malaysia.
Harga untuk McFlurry Blueberry hanya RM7.54, Blueberry Sundae RM5.19 manakala harga untuk Blueberry Cream Cheese Pie adalah RM4.25.
Apa tunggu lagi, ajaklah kawan-kawan untuk cepat-cepat terjah cawangan McDonald’s berhampiran anda dan berpeluang merasai sendiri pencuci mulut yang enak ini kerana ia hanya dijual untuk tempoh yang terhad.