McDota telah dibuka di Malaysia pada tahun 1978 sebelum kemunculan McDonald’s di Malaysia. Franchised McDota Fried Chicken pada masa itu bukan sahaja di Malaysia, malah turut berada di Singapura dan Indonesia.
Disebabkan pelaburan yang banyak kepada pengiklanan, promsi di surat khabar dan latihan pekerja, syarikat tersebut tidak dapat mengekalkan keuntungan dan menyebabkan kerugian. Kini McDota hanya mempunyai 2 outlet sahaja iaitu di Segamat, Johor dan Sungai Petani, Kedah.
McDota telah berada di pasaran Malaysia selama lebih 20 tahun sejak mula diperkenalkan kepada awam pada tahun 1980.
Menurut satu blog peribadi yang berkongsikan tentang Restoran McDota di Sungai Petani. Restoran ini sama seperti restoran biasa, mereka turut menghidangkan makanan seperti Mee Goreng, Nasi Goreng hingga la ke Ais krim. tetapi McDota juga mempunyai menu seperti restoran segera yang lain seperti Mushroom Sup dan Snake Plate.
McDota Snack plate ( ayam, kentang dan bun ) : RM4.50
Sup Cendawan dan Air Sarsi : RM4.10
Sumber Gambar Kredit to: Nurmuhamad89