McDonald’s Tukar Papan Tanda Mekdi Pada 16 Cawangan Sempena Kemerdekaan Malaysia Ke-62

Trending

McDonald’s Tukar Papan Tanda Mekdi Pada 16 Cawangan Sempena Kemerdekaan Malaysia Ke-62

McDonald’s Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan ke-62 dengan menukar papan tanda Mekdi di 16 restoran terpilih di seluruh negara. Ianya juga bersempena Hari Malaysia dan ulang tahun ke-38 syarikat itu di negara ini.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, papan tanda Mekdi adalah singkatan panggilan tempatan untuk McDonald’s dan kempen berkenaan diadakan sehingga 16 September ini.

Advertisement

“Nama Mekdi mendapat sambutan hangat ketika pertama kali memperkenalkan papan tanda itu di restoran ikonik kami di Bukit Bintang tahun lalu dan ia jelas menunjukkan bahawa Mekdi sinonim dengan masyarakat di negara ini.”

Menurut Melati, semua 16 restoran terbabit dipilih sendiri rakyat Malaysia menerusi undian yang dijalankan sebelum ini.

“Menerusi perancangan untuk membuka 450 restoran menjelang 2025, kami juga menetapkan sasaran bagi menambah lebih ramai tenaga kerja.” 

Sempena sambutan bulan kemerdekaan, McDonald’s juga turut memperkenalkan rendang ayam sebagai pilihan hidangan sampingan bersama nasi lemak, ikan bilis rangup, timun segar, telur goreng dan sambal pedas.

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB).

Pelanggan juga boleh nikmati pai jagung, ais krim perisa cendol atau McFlurry Cendol baharu yang enak dengan gula Melaka, cebisan kelapa, vanila berkrim cair dan jeli cendol.

“Menu berkenaan disediakan bagi memberi kelainan kepada pelanggan dan walaupun pertama kali ia diperkenalkan namun sambutan yang diterima cukup memberangsangkan.”

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...