McDonald’s Malaysia Tak Goyah Dengan ‘Kepedasan’ Burger Zinger Ghost Pepper

Trending

McDonald’s Malaysia Tak Goyah Dengan ‘Kepedasan’ Burger Zinger Ghost Pepper

Baru-baru ini KFC mengeluarkan menu baharu iaitu Ghost Pepper Zinger Burger dan Twisters’ yang dikatakan memiliki rasa pedas yang luar biasa? Adakah anda pernah mencuba menu ini? Jika ya, mungkin tahap kepedasan tidak sama pedas seperti yang diiklankan.

Advertisement

Tambahan pula, para netizen berpendapat burger Spicy Chicken McDeluxe oleh McDonald’s jauh lebih pedas dan menyelerakan daripada menu baharu KFC. Oleh itu, McDonald’s tampil dengan satu video di laman Facebooknya yang boleh dikatakan agak nakal dan berbaur perli.

Bukan di laman Facebook sahaja, malah di laman Twitternya juga ada caption yang tertulis seperti ini “Kami tak mainlah sos hantu-hantu ni, Tahyul…” bunyinya agak kelakar tetapi secara tidak langsung memberitahu burger Spicy Chicken McDeluxe mereka adalah yang terbaik daripada Ghost Pepper Zinger Burger.


Mungkin KFC ada resipi yang tersendiri, tetapi janganlah terover sangat sampai menyamakan tahap kepedasan seperti cili terpedas dunia, ghost pepper. Jadinya, terpaksalah KFC tadah sahaja ‘sindiran’ daripada McDonald’s.

 

Sumber: McDonald’s Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...