McDonalds Malaysia Kecewa Dengan Tindakan Boikot

Trending

McDonalds Malaysia Kecewa Dengan Tindakan Boikot

Flash Mob di McDonalds Dungun, Terengganu

McDonald’s Malaysia meluahkan rasa kekecewaannya kerana beberapa premisnya telah mengalami vandalisme yang mengancam keselamatan pekerjanya, ekoran gesaan pelbagai pihak untuk memboikot syarikat.

McDonald’s Malaysia menegaskan bahawa ia tidak meyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais untuk menyokong apa-apa sebab politik atau kepada mana-mana bahagian di dunia.

Advertisement

“Setakat ini, terdapat kesan yang minima kepada perniagaan kami dan kami komited untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami dan memberi balik kepada masyarakat sebagaimana yang kami buat untuk 30 tahun yang lepas di Malaysia,” kata syarikat di dalam satu kenyataan media.

McDonald’s Malaysia turut menafikan berita yang tersebar di laman media sosial mengenai pemberian burger dan minuman percuma di beberapa masjid terpilih pada Jumaat.

“Kami menggesa semua pelanggan dan rakyat Malaysia melawat laman Facebook rasmi kami dan laman web korporat kami untuk mengesahkan apa-apa maklumat dan pengumuman rasmi yang dibuat oleh McDonald’s Malaysia.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...