McDonald’s China Mohon Maaf Atas Larangan Masuk Orang Berkulit Hitam Di Cawangan Guangzhou

Trending

McDonald’s China Mohon Maaf Atas Larangan Masuk Orang Berkulit Hitam Di Cawangan Guangzhou

Masyarakat berkulit hitam di China menerima satu tamparan hebat apabila cawangan McDonald’s di negara itu melarang orang berkulit hitam untuk masuk ke dalam premis. Kejadian yang berlaku di bandar industri Guangzhou menerima kritikan hebat di atas layanan berunsurkan perkauman itu.

Di dalam satu kenyataan, pihak McDonald’s di China telah membuat satu permohonan maaf di atas insiden itu. Pada minggu lalu, beratus masyarakat Afrika di Guangzhou telah dihalau dari hotel dan apartment kerana desas desus penularan coronavirus dalam masyarakat itu.

Advertisement

Guangzhou merupakan pusat untuk pedagang Afrika membeli dan menjual barang dan merupakan rumah bagi salah satu komuniti Afrika terbesar di China. Larangan yang dikeluarkan itu telah mencetuskan ketegangan di antara masyarakat Afrika yang kini menetap di Guangzhou.

McDonald’s di dalam kenyataan maaf itu berkata bahawa ketika mendapat tahu mengenai notis tersebut, pihak mereka telah mengambil pendekatan menutup sementara cawangan restoran terbabit. Pihak McDonald’s juga memberitahu larangan masuk orang berkulit hitam tersebut ‘tidak mewakili nilai inklusif kami’.

Masyarakat Afrika di Guangzhou dilaporkan telah beberapa minggu mengalami diskriminasi di China. Sebelum ini, petugas kesihatan telah datang dari pintu ke pintu untuk membuat ujian saringan coronavirus pada mereka.

Kesemua mereka perlu menjalani ujian tersebut walaupun berada dalam keadaan yang sihat dan tidak menunjukkan sebarang simptom. Ketua komuniti mereka juga berkata ratusan masyarakat Afrika dihalau keluar dari rumah dan memasuki kuarantin. Sehinggakan ada yang terpaksa tidur di jalanan, lobi hotel, bawah jambatan dan luar balai polis.

Artikel berkaitan: Netizen Jepun Bongkar Mesej Di Sebalik Ucapan Perpisahan Yang Sinis Dari Burger King Kepada McDonald’s

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...