McDonald’s Cawangan Pertama Di Cameron Highland Akan Dibuka Tak Lama Lagi

Makanan

McDonald’s Cawangan Pertama Di Cameron Highland Akan Dibuka Tak Lama Lagi

Cakap jer pasal Cameron Highlands, mesti korang dah terbayang-bayang untuk pergi bercuti kan? Jangan mimpi! Kita masih tak boleh rentas negeri. Duduk jer rumah tu okay!

Korang perasan tak yang McDonald’s yang merupakan restoran kesukaan ramai masih tiada lagi dekat sana? Haa untuk pengetahuan, Cameron Highland akan ada McDonald’s pertama tak lama lagi dan ianya terletak di Pekan Brinchang. Walaubagaimanapun, masih belum diketahui lagi bila ia akan mula beroperasi.

Advertisement

So lepas ni bolehlah korang layan Spicy McChicken Deluxe sambil tengok keindahan alam. Pergh! Korang pernah terbayang tak? Feel dia lain tau kalau makan McD kat sana berbanding dengan di KL. Eh, yeke?

Cerita pasal burger ni, mesti best gila kalau ada pihak yang buat kelainan dan jual burger strawberi dekat sana kan? Confirm viral. Kah! Tak pernah terbayang rasa dia macam mana.

Apapun, semoga wabak ini akan berakhir dengan cepat supaya kita semua dapat sama-sama enjoy hari-hari cuti kita pergi ke tempat-tempat menarik macam Cameron Highland ni. Bosan sangat dah ni asyik terperap jer dekat rumah, hm.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...