McDonad Malaysia Nafi Salurkan Hasil Jualan Kepada Israel

Trending

McDonad Malaysia Nafi Salurkan Hasil Jualan Kepada Israel

McDonald’s Malaysia menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau
penindasan yang berlaku di dunia ini.

Advertisement

“Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya,” menurut kenyataan restoran rantaian makanan segera daripada Amerika Syarikat itu dalam laman webnya www.mcdonalds.com.my.

Kenyataan McDonald’s Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.

Menurut kenyataan McDonald Malaysia yang mempunyai lebih dari 200 restoran francais di negara ini, Greenberg tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat dan telah meninggalkan organisasi ini lebih 10 tahun lalu.

“Salah satu daripada nilai utama kami ialah kami menjalankan perniagaan secara beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini,” menurutnya.

Advertisement

“Di Malaysia kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang perniagaan kepada francaisi tempatan dan pekerjaan kepada lebih 12,000 rakyat Malaysia, di samping menyokong program bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik,” kata McDonald’s.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat Mcdonald’s Malaysia di talian 03–78433388, menurutnya.

Isu ini ditimbul berikutan tindakan Israel melancar serangan ke atas Gaza dalam ‘Operasi Perlindungan Sempadan’ sejak Selasa lepas.

Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim terhadap Gaza.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Comments

  1. shamil

    July 25, 2014 at 4:27 pm

    guys,
    please proof all your claim.
    please provide the valid references not just a rumours that being viral through the internet.
    he encourage you guys to communicate and rain your doubt to him so, instead of saying a nasty word that not reflect you guys as a muslim it is a wise action if you guys go to get some explanation from him

  2. Nadraa Liyana

    July 14, 2014 at 9:51 pm

    McD tempatan tdk menyumbang pd israel…???

    McD corp US mempunyai puluhan ribu restaurant outlet di seluruh dunia. Setiap outlet perlu mendapat kelulusan dari membayar yuran franchise kpd McD Corp. US. Berapakah revenue (keuntungan yg diperolehi oleh McD Corp US dari cawangan di seluruh dunia setiap tahun? Anda tidak akan mampu menghitungnya. Sebab itu McD pernah mendapat anugerah FRIENDS OF ISRAEL. Mereka menggunakan alasan CEO nya sudah tukar dan mereka tdk sumbang lagi kepada Israel. Ini semua untuk menutup jenayah mereka kpd Palestin. CEO yg diganti dari yg dulu diberikan anugerah dari Israel kerana sumbangannya kpd pendidikan dan kebudayaan Israel dgn membina muzuem holocaust.

    Ini bukan dakwaan kosong. Ini adalah hasil dari pertemuan bersemuka. McD tempatan perlu mendapat kelulusan dari McD corp US untuk buka cawangan baru bahkan diberi suntikan modal untuk buka cawangan tersebut sebagai strategi mengembangkan empire McD seberang laut.

    McD corp US adalah penyumbang kpd Jewish National Fund, untuk membina imej yang positif tentang Israel di mata dunia. Sudah tentu bila jenayah mereka didedahkan mereka akan menafikan bermatian matian.Tetapi hakikatnya membantu Israel adalah tanggungjawab agama penganut zionis.

    Membunuh rakyat Palestin adalah kemuliaan bagi mereka.Maka mereka akan berbohong dan berkata dengan lunak kepada dunia dan umat Islam mereka tdk menyumbang kpd Israel. Ini hanyalah skrip yg disediakan oleh McD corp US untuk dibaca oleh restoran McD seberang laut.

    Menyokong Israel adalah tanggungjawab agama zionis dan mereka tidak akan lalai dalam tanggungjawab ini.

    Membunuh rakyat Palestin adalah amal yg paling mulia bagi mereka!

    Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
    Pengerusi Aqsa Syarif Berhad

  3. Say NO to McD

    July 14, 2014 at 12:13 pm

    Banyaklah ko ek. Memang la ko xsalurkan bantuan kewangan ‘DIRECTLY’ kpd Israel, tp ko kena byr Annual Fees kpd McD Corp. di USA kan? Indirectly, dana itu disalurkan kpd Israel. Damn you, McDonalds. Org Islam yg makan McD lagi teruk, xde rasa bersalah menyumbangkan dana utk persenjataan Israel.

  4. Anonymous

    July 14, 2014 at 7:46 am

    buktikan!!!!! jgn cakap jer!!

Loading...