MBSA Robohkan Khemah Milik Jakel Dipercayai Didirikan Secara Haram

Trending

MBSA Robohkan Khemah Milik Jakel Dipercayai Didirikan Secara Haram

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah merobohkan khemah yang didirikan tanpa kebenaran milik syarikat Jakel di Seksyen 7. Kebiasaannya, Seksyen 7 Shah Alam sememangnya akan menjadi tumpuan pengunjung dalam melakukan persiapan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Khemah tersebut dikatakan telah menggunakan bekalan elektrik daripada Pencawang Elektrik TNB berdekatan tanpa kebenaran daripada pihak TNB. Pihak MBSA yang melakukan pemeriksaan mendapati perkara ini boleh mengundang bahaya kepada pengunjung.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi, MBSA telah memuat naik beberapa keping gambar proses merobohkan khemah milik Jakel yang terletak di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam itu sebentar tadi. Setakat ini, tiada pengumuman rasmi dari Jakel berhubung insiden ini.

Netizen bersetuju dengan tindakan pihak MBSA ini, namun ada yang mempersoalkan mengapa tindakan ini hanya diambil sekarang sedangkan khemah tersebut sudah didirikan lama.

Jakel sebelum ini terlibat dengan kontroversi apabila anak pemilik perniagaan itu telah memuatnaik kenyataan yang menaikkan kemarahan pembeli di akaun media sosial miliknya. Kejadian itu kemudian membawa kepada isu boikot terutamanya dalam kalangan pelanggan mereka yang berbangsa Melayu.

Artikel berkaitan: Muzaffar Jakel Buat Permohonan Maaf, Tidak Berniat Perlekehkan Bangsa Melayu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...