Banjir di Kampung Iboi, Baling, Kedah baru-baru ini telah memusnahkan 15 buah rumah yang dihanyutkan arus selain turut menyebabkan jalan raya rosak teruk.
Bagaimanapun, mereka yang kehilangan rumah ini dikhabarkan perlu bersabar kerana pembinaan semula akan mengambil masa kerana kebanyakan rumah didirikan atas tanah rizab di pinggir Sungai Iboi.
Jelas Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, keadaan itu menyebabkan sedikit masalah kerana kerajaan hanya boleh membantu membina semula rumah di kawasan tanah bergeran.
Kalau mereka ada tanah milik di tempat lain, lebih mudah untuk kerajaan bantu bina rumah. Jika tidak, kena cari tapak dahulu dan proses itu mungkin agak lambat. Kalau bantuan kerajaan, memang perlu ada geran dan tanah bermilik tetapi kalau tidak ada, kita akan usahakan sama-sama.”
Kenyataan Sanusi itu bagaimanapun menimbulkan rasa marah sesetengah rakyat di media sosial kerana dianggap tiada hati dan perasaan terhadap rakyat sendiri.
Menerusi Twitter dan Facebook, rata-ratanya mengkritiknya kerana tidak boleh membantu rakyat dalam keadaan yang sangat memerlukan selepas dilanda bencana.
Segelintir dilihat mengungkit tentang aktiviti tarah bukit yang berlaku di sana dan berkata ia merupakan antara punca banjir menjadi lebih teruk.
Selain itu, ada yang mencadangkan agar kerajaan negeri berkenaan membuat kawasan perumahan baru yang selamat untuk mangsa-mangsa banjir di Kedah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.