MB Negeri Sembilan Sumbang Wang Ganti Rugi Dan Lesen Sementara Berniaga Buat Peniaga Petai Tular

Kehidupan

MB Negeri Sembilan Sumbang Wang Ganti Rugi Dan Lesen Sementara Berniaga Buat Peniaga Petai Tular

Peniaga petai yang tular kerana membuang jualannya di atas jalan selepas didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh pihak berkuasa telah menerima pampasan atas kerugian yang dialaminya.

Pampasan tersebut merupakan sumbangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, dan telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaran kepada Mohd. Noor Saad.

Advertisement

Dalam satu hantaran di Facebook, Dr. Rajasekaran memaklumkan bahawa pihaknya telah mengunjungi rumah Mohd. Noor bagi menyelesaikan perkara itu secara harmoni.

YB menyampaikan sedikit sumbangan mewakili Datuk Seri Aminuddin bagi mengganti rugi petai yang tidak dapat jual pada hari ini. Hasil perbincangan, pihak MPPD ( Majlis Perbandaran Port Dickson) bersetuju untuk mengeluarkan lesen sementara kepada Pak Cik Noor bagi membolehkannya menjalankan perniagaan secara sah.

Selain itu, Pegawai Penguat Kuasa MPPD iaitu Encik Kamarul juga hadir ke rumah Pak Cik Noor dan bersalaman sebagai tanda penyelesaian isu ini.

peniaga petai viral dapat ganti rugi

Kami berharap langkah ini dapat meredakan ketegangan dan memberikan penyelesaian yang adil kepada semua pihak. Pihak MPPD juga akan terus memantau situasi bagi memastikan tiada lagi isu seumpama ini berlaku pada masa hadapan.

Sebelum ini, tular sebuah video menunjukkan seorang peniaga petai membuang jualannya di atas jalan selepas didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh pihak berkuasa.

Insiden tersebut mendapat perhatian orang ramai, yang menzahirkan simpati terhadap peniaga berkenaan serta mengkritik tindakan pihak penguat kuasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mb negeri sembilan isu pakcik petai
2 days ago

"Tak Adil Semua Salahkan PBT, Jangan Hukum Orang Yang Tak Sepatutnya" - Isu Pak Cik Petai, Ini Jawab MB Negeri Sembilan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...