“Maybe Diorang Tak Tahu Pakaian Moden, Peduli Apa?” – Kumpulan SMDX Dikecam Ada ‘Attitude Problem’, Bongkak Jawab Soalan Peminat

Hiburan

“Maybe Diorang Tak Tahu Pakaian Moden, Peduli Apa?” – Kumpulan SMDX Dikecam Ada ‘Attitude Problem’, Bongkak Jawab Soalan Peminat

Kemunculan kumpulan nyanyian baharu daripada negeri Sabah, SMDX mencuri tumpuan gara-gara sikap salah seorang ahlinya iaitu Elle yang dikatakan sombong dan bongkak ketika menjawab soalan netizen.

Malah, komposer muzik terkenal, Julfekar turut menegur sikap Elle yang dianggapnya sebagai ‘pucuk muda’ dalam industri seni namun sudah berlagak sombong.

Advertisement

Reaksi Julfekar itu difahamkan bermula apabila tular di media sosial mengenai sikap Elle yang ditanyakan peminat mengenai perasaannya setelah single baharu mereka dilancarkan.

Gembiralah, cuma memang ada haters kecam-kecam, cemburu tapi kan do i care? Cukup training sudah saya punya mental.

Lagu diorang tak kecam, cuma pakaian saja, mungkin diorang tak tahu moden, peduli apa?

Malah, Elle juga mengatakan dia tidak mengenali kumpulan Dolla setelah dianggap sebagai pencabar kumpulan nyanyian itu.

Siapa Dolla? I tidak kenal Dolla? Mungkin Devey dan Crystal kenal lah, saya tidak. Who is that. I was like bukan sombong tapi memang tak kenal pun.

Julfekar juga menggesa agar syarikat pengurusan kumpulan itu mengeluarkan artis mereka yang mempunyai masalah ‘attitude’ kerana dapat merosakkan nama kumpulan yang berpotensi meningkat naik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Seungri
6 months ago

Dolla Dituduh Sokong Penjenayah Hanya Kerana Foto Ini...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...