Pelakon Sharifah Sakinah baru-baru ini memuat naik foto di Instagram menunjukkan seolah-olah dia sedang membakar sebatang rokok dalam pakaian serba hitam.
Sakinah dalam pada itu menjelaskan bahawa pakaian yang digayakan itu adalah untuk set pengambaran yang sedang dijalankan menerusi ruangan kapsyen.
Miss Vivy on set today. Tatau lah pengkid ke gothic ke punk ke asalkan penyiasat persendirian manusia.”
Walau bagaimanapun, gambar tersebut telah mencetuskan kerisauan dalam kalangan peminat yang menganggap Sakinah sedang mengharungi kemurungan kerana isu yang dihadapi sebelum.
Menerusi ruangan komen Facebook BeautifulNara, rata-rata netizen mendoakan agar Sakinah sentiasa kuat menghadapi dugaan hidup.
“Maybe dia depression kita tak tahu…Doakan yang baik-baik,” ujar seorang warganet.
“Semoga Sakinah cepat sembuh…Amin,” kata seorang lagi netizen.
Untuk info, Sharifah Sakinah sebelum ini mengumumkan dia dan suami Michael Hansen akan berpisah kerana komitmen dan tanggungjawab berat di negara masing-masing.