Maybank Tawarkan Bantuan Kewangan Untuk Pelanggan Yang Terjejas Dengan COVID-19

COVID-19

Maybank Tawarkan Bantuan Kewangan Untuk Pelanggan Yang Terjejas Dengan COVID-19

Bagi membantu meringankan beban pengguna ketika COVID-19 melanda, Maybank atau Malayan Banking Bhd menawarkan penangguhan pembayaran semula pinjaman sehingga tempoh enam bulan kepada pelanggan yang terjejas akibat penularan wabak ini.

Maybank turut menawarkan penstrukturan dan penjadualan semula pembiayaan menerusi langkah yang diperkenalkan itu. Inisiatif ini ditawarkan terutamanya untuk membantu perniagaan yang terjejas pada ketika ini.

Advertisement

Syarikat memahami penyebaran wabak virus secara tiba-tiba ini memberi kesan kepada individu dan pelanggan daripada pelbagai industri justeru itu, penawaran yang disediakan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka

Pelanggan boleh menghubungi Maybank untuk membincangkan penyelesaian yang terbaik untuk masalah kewangan yang dihadapi akibat penularan wabak ini. Sekiranya keadaan semakin berlarutan, Maybank mungkin akan melanjutkan tempoh moratorium dan langkah inisiatif yang ditawarkan ini.

Penangguhan bayaran pembiayaan

Selain itu, pelanggan tiga institusi kewangan atau pinjaman wang di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang terkesan dengan COVID-19 juga dibenarkan menangguhkan bayaran mereka.

Penangguhan pembiayaan selama enam bulan ini sebagai inisiatif moratorium membabitkan Bank Rakyat, SME Bank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional. Sistem moratorium pembayaran pinjaman selama enam bulan bagi institusi kewangan yang berada di bawah bidang kuasa kementerian bagi membantu pelanggan yang berdepan masalah kewangan.

bank rakyat

Penangguhan ini juga diharapkan dapat meringankan beban pelanggan yang terjejas dan dalam masa yang sama mencari alternatif lain yang boleh membantu mereka membuat bayaran pinjaman selepas tamat tempoh moratorium ini.

Melalui Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini, beberapa premis kerajaan dan swasta diarahkan tutup bagi membendung penularan wabak COVID-19. Penutupan premis ini terkecuali kepada perkhidmatan penting negara sehingga 31 Mac ini.

Artikel berkaitan: Bekas Menteri Kesihatan Jelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...