Mayat Wanita Ditemui, Dipercayai Jatuh Dari Tingkat 4 Bangunan Pusat Beli-Belah Popular

Kehidupan

Mayat Wanita Ditemui, Dipercayai Jatuh Dari Tingkat 4 Bangunan Pusat Beli-Belah Popular

Salah satu pusat membeli belah popular di Damansara hari ini melaporkan menerusi laman Facebook dimana seorang wanita jatuh dari tingkat 4 bangunan tersebut.

Menerusi laporan Harian Metro, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid selaku Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian yang berlaku pada 12.45 tengah hari tadi daripada orang awam.

Advertisement

“Mayat wanita ditemukan di tingkat bawah kompleks beli-belah Damansara di sini dan dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan tersebut”

Siasatan awal mendapati mangsa berusia 33 tahun dan mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat. Punca dan sebab kematian masih dikenal pasti.

Sehubungan itu, pihak pusat membeli-belah turut menyampaikan pesanan mana-mana individu yang mempunyai masalah kesihatan mental segera hubungi Talian Kasih di 15999 atau Befrienders di 03-76272929.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...