Melalui laporan Berita Harian, sepasang suami isteri warga emas ditemui meninggal dunia di kediaman mereka yang terletak di Raub, Pahang, semalam.
Mayat sudah berulat
Menurut Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman, mayat suami, Wong Tong Seng, 75, ditemui dalam keadaan terbaring dan sudah pun berulat di hadapan sinki dapur, manakala mayat isteri, Loh Kam Ngo, 73, pula berada di bucu katil dalam bilik tengah rumah tersebut.
Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan keadaan rumah berada dalam keadaan baik.
Siasatan lanjut sudah pun dilakukan di Hospital Raub dan punca kematian difahamkan berlaku kerana kedua-duanya terkena serangan jantung.
Dua-dua ada penyakit, klasifikasikan mati mengejut
Difahamkan, Kam Ngo menghidap penyakit Parkinson sejak 20 tahun yang lalu, manakala suaminya dilaporkan menerima rawatan jantung di Klinik Kesihatan Ulu Gali.
Kes kematian mereka ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.