“Mayat Suami Dah Jumpa..” – Tinggalkan Motosikal Dan Sebungkus Baju, Lelaki Terjatuh Jambatan Pulau Pinang Ditemui

Kehidupan

“Mayat Suami Dah Jumpa..” – Tinggalkan Motosikal Dan Sebungkus Baju, Lelaki Terjatuh Jambatan Pulau Pinang Ditemui

Hati seorang isteri luluh apabila menerima perkhabaran bahawa suaminya, yang sebelum ini dilaporkan terjatuh di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang, akhirnya ditemui tidak bernyawa pagi tadi.

Menurut Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, dia menerima panggilan mengenai penemuan mayat suaminya yang berusia 25 tahun sekitar 9.50 pagi.

Advertisement

lelaki terjun jambatan pulau pinang

Jenazah kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Mayat suami sudah jumpa kira-kira 9.50 pagi macam tu. Saya belum pasti jumpa di mana dan baru nak pergi ke hospital,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Tambah memeritkan, Nurul Natasha yang kini hamil lima bulan, turut memuat naik gambar empat beranak di TikTok sambil merayu agar orang ramai tidak meninggalkan komen negatif mengenai kejadian.

@mummylee._

permergian mu sangat mengayat hati sayang , tunggu saya dekat sana , doa saya selalu mengiringi awak cinta , awak tak sakit dah dekat dunia , allah tahu apa yang awak buat , awak lelaki yang terbaik , pergi awak tinggai kan amanah awak sayang ?? Al-fatihah ????

? bunyi asal – mummylee._ – mummylee._

Dia meminta pengguna media sosial agar menjaga hati, perasaan dan mentalnya, lebih-lebih lagi kerana dia masih setia menanti kepulangan suami tercinta ketika itu.

Kelmarin, media melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari jambatan tersebut. Sebelum hilang, dia meninggalkan plastik berisi pakaian, telefon bimbit, dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan.

Tragedi ini kini disahkan berakhir dengan penemuan mangsa. Semoga keluarga ini diberikan kekuatan menghadapi ujian berat ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-18 09:48:01

'Menteri Agama Tiada Sebab Untuk 'Ugut' Kumpulan Dolla' - Latheefa Koya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...