Mayat Peniaga Kosmetik Di Kelantan Akhirnya Dijumpai, Terdampar Di Pesisir Pantai – “Tiba-Tiba Abang Dah Tiada, Tinggal Saya & Anak Anak…”

Kehidupan

Mayat Peniaga Kosmetik Di Kelantan Akhirnya Dijumpai, Terdampar Di Pesisir Pantai – “Tiba-Tiba Abang Dah Tiada, Tinggal Saya & Anak Anak…”

Mayat lelaki yang merupakan peniaga kosmetik yang tular sebelum ini akhirnya ditemui petang semalam, terdampar di pesisir Pantai Suri, Kota Bharu.

Pengesahan mayat telah dibuat oleh isteri lelaki tersebut selepas mengecam seluar dan tali pinggang yang dipakai oleh suaminya, Norhisyam Ismail, 43, sebelum kejadian.

Advertisement

 

Saksi nampak mayat terdampar

Mayat itu dijumpai oleh seorang individu yang sedang memancing di kawasan terbabit kira-kira jam 6 petang sebelum memaklumkan kepada rakannya yang menghubungi talian kecemasan.

Individu tersebut dikatakan sedang mencari bekas untuk menimba air dari dalam perahunya dan terhidu bau busuk sebelum menjejaki dan terjumpa mayat terdampar.

Selepas pengecaman dibuat, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Kuala Besar menggunakan bot bomba.

peniaga kosmetik

 

“Kenapa papa buat macam ni dekat kakak, mama dan adik adik”

Terdahulu, hantaran tentang kehilangan mangsa selepas didakwa terjatuh ke Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong kira-kira dua minggu lalu tular di media sosial.

peniaga kosmetik peniaga kosmetik

Anak mangsa, menerusi hantaran di media sosial meluahkan rasa sedih dan berharap agar bapanya ditemukan secepat yang mungkin.

Dalam pada itu, abang mangsa, Sukardi berkata adiknya tidak mempunyai masalah hutang dan tidak menunjukkan sebarang tanda masalah kesihatan mental.

Sementara itu, isteri mangsa yang dikenali sebagai Kak Ida ada memuat naik foto arwah suami bersama empat anak mereka dan hantaran itu dibanjiri komen-komen daripada pengikut dan kenalan keluarga tersebut.

Kira baru je berenam kan abang. Tiba-tiba awak tiada, tinggalah saya dan anak-anak berlima.

kak ida

Terjun jmbatan
4 months ago

"Papa Bakpo Wak Gini, Timbullah Pa" - Anak Usahawan Kosmetik Luah Rasa Sayu Insiden Bapa Lompat Jambatan Di Kelantan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...