Mayat Mangsa COVID-19 Ditinggalkan Di Tepi Jalan Selepas Ecuador Mengalami Masalah Kekurangan Keranda

COVID-19

Mayat Mangsa COVID-19 Ditinggalkan Di Tepi Jalan Selepas Ecuador Mengalami Masalah Kekurangan Keranda

Ecuador yang mempunyai populasi rakyat lebih 16 juta penduduk ini mula mencatatkan kes pertama COVID-19 pada hujung bulan Februari yang lalu. Peningkatan yang drastik telah menyebabkan negara itu menerima 3,747 kes dengan 191 kematian setakat yang diterima kini.

Sesuatu yang menyedihkan kini berlaku di Ecuador apabila mayat-mayat mangsa COVID-19 hanya ditinggalkan di tepi jalan dan tidak dikebumikan dengan selamat. Kira-kira 150 mayat berada dalam keadaan terbiar di sekitar bandar Guayaquil dan keadaan lebih buruk apabila bandar itu dilaporkan sudah kehabisan keranda. Pada awal bulan lalu, penduduk di bandar tersebut mula menghadapi masalah mayat yang tidak terurus akibat langkah kawalan pergerakan selain permintaan keranda yang bertambah tinggi.

Advertisement

ecuador covid-19

Situasi ini bukan sahaja boleh membahayakan kesihatan penduduk setempat malah mereka juga terpaksa menahan bau busuk daripada mayat yang semakin mereput. Bau tersebut bukan sahaja dapat dihidu oleh penduduk setempat malah burung pemakan bangkai (vultures) juga berlegar-legar di udara, tertarik pada bau mayat yang bergelimpangan.

Masalah kekurangan keranda di bandar tersebut telah memaksa para penduduk menggunakan kotak kadbod sebagai alternatif lain untuk menyimpan mayat mangsa. Jurucakap kerajaan, Jorge Wated di dalam satu kenyataan telah memohon maaf kepada penduduk setempat kerana tidak mampu menguruskan mayat-mayat tersebut.

“Kami mengakui kesilapan dan meminta maaf kepada mereka yang terpaksa menunggu orang yang disayangi untuk diambil dan dikebumikan.”

ecuador covid-19Bagi membantu krisis kekurangan keranda ini, syarikat tempatan telah membantu menyumbangkan keranda diperbuat daripada kadbod untuk digunakan. Keranda dibuat menggunakan kadbod ini akan diberikan kepada dua tanah perkuburan yang telah menerima jenazah untuk dikebumikan.

Krisis ini mula timbul apabila pengurus jenazah di Guayaquil hanya mampu membekalkan 40 buah keranda untuk keperluan tempatan pada satu-satu masa. Santiago Olivares, ahli perniagaan dan pengusaha yang memiliki rantaian rumah mayat turut mengakui bahawa syarikatnya tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.

Keadaan yang berlaku di Ecuador ini berbeza dengan apa yang berlaku di Indonesia seperti yang dilaporkan sebelum ini. Penduduk setempat di Indonesia telah menghalang pemakaman jenazah COVID-19 kerana bimbang mereka akan turut dijangkiti wabak itu. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Urusan Pengebumian Jenazah COVID-19 Di Indonesia Dihalang Oleh Masyarakat Kerana Bimbang Akan Turut Dijangkiti

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...