Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Tergantung Atas Dahan Pokok

Trending

Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Tergantung Atas Dahan Pokok

Kehilangan seorang lelaki hampir sebulan bertukar tanda tanya  apabila beberapa penduduk gempar setelah menjumpai satu mayat seorang lelaki yang tergantung di pokok berdekatan Kampung Alur Lek.

Menurut laporan, penduduk Kampung Hulu Sat, Hulu Terengganu itu memasuki  kawasan belukar untuk mencari rakan mereka yang hilang sejak hampir sebulan lalu sebelum penemuan menyayat hati itu dijumpai. 

Mayat lelaki yang masih belum disahkan identitinya itu dijumpai tergantung di atas pokok di kawasan berbukit pada pukul 8.30 pagi.

Terdahulu, Mohd. Rauf Mat Hasan, 25, berkata, dia dan beberapa penduduk kampung lain sedang mencari rakan mereka berusia 30-an yang sebelum ini dilaporkan hilang kira-kira seminggu sebelum 1 Ramadan lalu.

“Saya dan tiga rakan sekampung memutuskan untuk memasuki kawasan belukar ini pada pagi tadi selepas motosikal lelaki tersebut ditemui di kawasan berhampiran pada pukul 2.30 petang, semalam”

Advertisement

Katanya, dia telah terpandang satu objek tergantung di atas pokok yang kemudiannya disahkan sebagai mayat yang sudah mereput.

Mohd. Rauf juga tidak menolak kemungkinan mayat yang sudah mereput itu adalah rakan sekampungnya yang hilang berkenaan.

Kes masih didalam siasatan polis.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...